HEADLINES

Penolong pegawai tadbir terima rasuah RM5,000 direman 6 hari

Suspek lelaki terbabit ditahan pada petang semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kedah

3:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penolong pegawai tadbir direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi membatalkan kompaun dikeluarkan sebuah agensi penguat kuasa di Kedah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, perintah reman bermula hari ini sehingga 13 Januari depan itu dikeluarkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 30-an ditahan pada jam 5.20 petang semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

“Berdasarkan siasatan dijalankan, suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM5,000 daripada sebuah syarikat pada 2022.

“Wang berkenaan sebagai balasan bagi membatalkan kompaun yang dikeluarkan oleh sebuah agensi penguatkuasa terhadap syarikat berkenaan atas kesalahan ketiadaan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) untuk bahan binaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Soock Wee Ei Tem ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) ASPRM 2009. – 8 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

PM Term Limit Bill falls two votes short in Dewan Rakyat, sparks disappointment among Madani MPs

The proposed constitutional amendment to cap the prime minister’s tenure at 10 years failed to secure a two-thirds majority in the Dewan Rakyat, drawing sharp reactions from leaders within the Madani coalition who described the outcome as a missed opportunity for institutional reform

Ayatollah Ali Khamenei terbunuh bersama anak, menantu dan cucu: Media Iran

Laporan Fars News Agency menyebut berita duka itu telah disahkan oleh sumber rapat keluarga Khamenei, mengukuhkan kebimbangan meningkatnya konflik serantau

DNS redirection: MCMC to continue engagement sessions with stakeholders

Regulatory body will gather views on other methods to tackle online harms after communications minister ordered not to proceed with rerouting method 

Related