HEADLINES

Keluarga kanak-kanak maut tertusuk besi ampaian masih trauma

Prosedur rakaman percakapan keluarganya termasuk abang mangsa akan dilakukan pada masa sesuai

9:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan keluarga kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang meninggal dunia selepas lehernya tertusuk besi ampaian dalam kejadian di sebuah apartmen di Batu Caves, Gombak, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, prosedur itu akan dilakukan pada masa sesuai memandangkan keluarga mangsa masih trauma dengan insiden itu.

Menurutnya, proses mengambil keterangan abang mangsa juga memerlukan satu prosedur berlainan daripada orang dewasa.

“Seluruh keluarga masih dalam keadaan trauma dan terkejut dengan kejadian yang berlaku.

“Oleh itu, pihak polis mengambil masa untuk merakam percakapan termasuk abang mangsa berusia 10 tahun yang berada di dalam bilik bersamanya semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes tersebut masih dalam siasatan dan semakin hampir untuk dilengkapkan.

“Sebaik sahaja perkara ini dilaksanakan, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya.

Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan maut selepas lehernya tertusuk besi ampaian ketika berada di rumah keluarganya.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian jam 2.30 petang itu disedari ibu mangsa berusia 40 tahun selepas dimaklumkan oleh seorang anaknya yang melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah tersebut. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related