HEADLINES

Bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan ditahan SPRM

Suspek dipercayai menggunakan kedudukannya melantik syarikat perniagaan milik suaminya

11:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana dipercayai menggunakan kedudukannya.

SPRM berkata, suspek wanita itu dipercayai melantik syarikat perniagaan di mana suaminya mempunyai kepentingan untuk melaksanakan kerja pengangkutan bagi pihak syarikat terbabit yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM300,000.

Menurut sumber, suspek berusia sekitar 40-an ditahan pada jam 2 petang tadi ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, suspek melakukan kesalahan tersebut pada 2022 di mana syarikat milik suaminya dilantik sebagai syarikat subkontrak pengangkutan.

“Malah semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta ASPRM 2009.

Katanya, pihak SPRM akan membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada jam 8.30 pagi esok. – 9 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Mahathir at 100: A look back at the policies, events, and legacy of Malaysia’s longest-serving prime minister

From Vision 2020 and Proton to Operasi Lalang and the 1MDB fallout, Mahathir’s century-long journey reflects the triumphs, controversies and contradictions that shaped modern Malaysia

Related