HEADLINES

GRS tak akan ‘sekongkol’ gulingkan Kerajaan Perpaduan: Hajiji

Tidak mahu mengucar-kacirkan keadaan demi kemakmuran negara dan rakyat

10:55 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan sesekali menyertai mana-mana ‘langkah’ untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan semasa kerana ia akan membawa kepada kekacauan selain menjejaskan kestabilan negara.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, ketika ini negara memiliki Kerajaan Madani yang berfungsi dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri itu.

“Jadi kenapa perlu mengucar-kacirkan keadaan? Kita bekerja demi kemakmuran negara dan rakyat, kami tidak menyokong sebarang langkah yang boleh menjejaskan kestabilan negara.

“Malaysia mengamalkan demokrasi, mereka yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri perlu menunggu Pilihan Raya Umum untuk melihat sama ada rakyat menerima mereka,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Hajiji berkata, GRS turut memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan yakin dengan kepimpinan beliau.

“Biarkanlah beliau memimpin negara kita yang berbilang kaum ini ke arah kemakmuran,” katanya.

Justeru, beliau mempersoal motif dan niat pihak yang menganjurkan ‘Langkah Dubai’ sama ada mereka sekadar ingin memenuhi agenda politik semata-mata tanpa mengambil kira kesejahteraan rakyat. – 10 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related