HEADLINES

Fathia Latiff buat hal lagi, kali ini muatnaik foto lamanya bersama Aiman Hakim Ridza, ‘i know you still love me’

Fathia turut berkongsi keratan akhbar mengenai Aiman yang dikatakan masih sayangkannya sewaktu di awal perpisahan mereka beberapa tahun lalu

3:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nampaknya pelakon sensasi, Fathia Latiff dilihat terus menerus mencetuskan kontroversi sejak dia menggelar Zahirah MacWilson sebagai bibik beberapa hari lalu.

Terbaru, Fathia telah memuatnaik foto lamanya bersama suami Zahirah, iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza berserta kapsyen ‘i know you still love me’.

Bukan itu sahaja, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 37, turut memuatnaik keratan akhbar mengenai Aiman yang akui masih sayangkannya sewaktu di awal perpisahan mereka beberapa tahun lalu.

Disebabkan itu, akaun Instagram Fathia telah diserang netizen yang memintanya supaya menghentikan ‘kerja gila’ ini dan memohon agar dia ‘move on’ dari kisah lalu dan membiarkan Aiman dan Zahirah hidup dengan tenang.

Ada juga yang berpendapat Fathia sengaja mencari publisiti murahan kerana ingin keluarkan lagu terbarunya.

Selain Zahirah dan Aiman, Fathia turut ‘berperang’ dengan bekas rakan baiknya, iaitu Zarina Anjoulie di mana masing-masing dilihat membalas kenyataan sehingga membuka aib masing-masing. – 11 Januari 2024

Topics

 

Popular

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related