HEADLINES

Dakwaan rasuah RM6 juta: Sanusi beri amaran ‘sila tunggu surat saman di rumah, di pejabat masing-masing’

Dokumen bersabit penswastaan KDAFC, dokumen penyata beraudit kewangan KFA akan didedahkan

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menyaman pihak yang menggambarkan berlaku rasuah RM6 juta dan mengaitkan tuduhan tersebut dengan individu tertentu dalam persatuan itu termasuk presidennya.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Presiden KFA.

“Sila tunggu surat saman di rumah dan di pejabat masing-masing,” katanya seperti dipetik dalam Facebook beliau hari ini.

Sanusi berkata, KFA akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tuduhan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sengaja ditularkan demi mencapai tujuan politik pihak tertentu memburukkan KFA dan pemimpin Kerajaan Negeri Kedah.

Katanya, dokumen-dokumen yang bersabit dengan penswastaan KDAFC, permohonan pinjaman RM5 juta, bayaran balik RM1.3 juta, permohonan projek oleh pihak-pihak terbabit yang tidak diluluskan kerana tiada kelayakan, dokumen penyata beraudit yang menunjukkan ketelusan pengurusan kewangan KFA dan lain-lain juga akan didedahkan.

Semalam Sanusi memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan sebuah persatuan bola sepak.

SPRM menyatakan agensi itu kini di peringkat akhir bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan KFA.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, butiran terperinci berkaitan siasatan tidak dapat didedahkan kepada umum kerana ia mengandungi maklumat sensitif dan rahsia.

Kes rasuah membabitkan KFA dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.

Sumber SPRM sebelum ini memaklumkan siasatan itu dijalankan selepas agensi tersebut menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak tersebut.

Jumaat lalu, SPRM memaklumkan mengenai penahanan reman empat individu termasuk seorang CEO dan dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di sebuah negeri di utara tanah air kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah lebih RM6 juta.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.

Malah wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri.

 Bagaimanapun CEO KFA, Zulkifli Che Haron telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, Ahad lalu.

Sementara Sanusi mendakwa dirinya menjadi sasaran sebenar pihak tertentu dalam dakwaan kes rasuah membabitkan KFA.

Beliau mendakwa, penahanan empat individu termasuk CEO KFA, hanyalah sebagai aksesori sahaja untuk mengada-adakan kes terhadap mereka, selain membina naratif buruk kerajaan Kedah diterajuinya. – 12 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related