HEADLINES

Walaupun bekalan air di PP pulih, kerajaan negeri ‘berhutang’ pampasan dengan penduduk, kata Gerakan

Kerajaan Pulau Pinang perlu memberi rebat sekurang-kurangnya 50% untuk bil air bagi Disember 2023 dan Januari tahun ini atau pampasan RM50

5:13 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Meskipun bekalan air kembali pulih di kawasan terjejas di Pulau Pinang, namun kerajaan negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berhutang pampasan yang sewajarnya kepada penduduk.

Pengarah biro aduan Gerakan Pulau Pinang, Wong Yee Yeng berkata, pihak berkenaan perlu memberikan sekurang-kurangnya rebat 50% untuk bil air bagi Disember 2023 dan Januari tahun ini atau pampasan sekurang-kurangnya RM50.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata, gangguan bekalan air kali ini telah memberikan tekanan kepada penduduk di Pulau Pinang dan meskipun Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow memohon maaf namun ia hanya dilakukan secara lisan.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang dan PBAPP perlu menunjukkan ketelusan dan memberikan penjelasan kepada penduduk di negeri itu dengan lebih praktikal termasuk memberikan pampasan dan rebat.

“Untuk berdepan dengan gangguan air selama empat hari itu, penduduk menghabiskan banyak wang untuk membeli bekas air atau tong air,’’ katanya.

Wong Yee Yeng berkata, bagi berdepan dengan gangguan air selama empat hari, penduduk menghabiskan banyak wang untuk membeli bekas air atau tong air. – Gambar Bernama, 13 Januari, 2024

Sedangkan, kata Yee Yeng, peralatan berkenaan tidak semuanya akan digunakan selepas bekalan air kembali pulih walaupun mereka telah mengeluarkan banyak wang untuk membuat persediaan tersebut.

Pada masa sama, kata Yee Yeng, industri lain seperti basuh kereta, dobi, kedai gunting rambut, hospital, sekolah dan jabatan kerajaan telah terjejas teruk akibat gangguan air ini.

Seramai 590,000 pengguna air termasuk bukan domestik di Pulau Pinang telah terkesan dengan ketiadaan bekalan air susulan penutupan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian dua unit injap 1,200 milimeter (mm) yang rosak.

Gangguan berjadual air selama 98 jam itu bermula pada 10 Januari lalu, namun telah kembali pulih. – 13 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related