HEADLINES

Majikan tipu pekerja asing di Pengerang: 13 kertas siasatan telah dibuka

Menurut Menteri Sumber Manusia, kertas siasatan terbabit akan disemak oleh Timbalan Pendakwa Raya esok

7:36 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor telah menyiapkan 13 kertas siasatan berhubung isu majikan menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan yang tidak wujud di Pengerang, Johor baru-baru ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, kertas siasatan itu telah dibuka kerana melanggar Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446].

Menurut Steven, kertas siasatan terbabit akan disemak oleh Timbalan Pendakwa Raya esok.

“Tindakan susulan akan diambil selepas semakan itu dibuat,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri Dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-10 di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dianggarkan 2,500 pekerja asing yang ditipu syarikat serta ejen pekerjaan mereka kini berada di Pengerang, Johor.

Perkara itu didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Selain itu, Steven berkata, Mahkamah Buruh Pengerang pada 5 Februari ini akan mendengar kes sebutan 751 pekerja warga Bangladesh yang menuntut tunggakan gaji terhadap majikan mereka mengikut Seksyen 69 Akta Kerja.

“Kami dimaklumkan 751 pekerja warga Bangladesh telah memfailkan kes buruh bagi menuntut tunggakan bayaran gaji keseluruhan berjumlah RM2.21 juta.

“Saman tuntutan kes buruh telah disampaikan kepada pengurus syarikat dan tarikh sebutan kes pada 5 Februari ini.

“Selalu (kebiasaannya) kita akan panggil ke Mahkamah Buruh tapi kali ini kita akan laksana sebutan kes tersebut di Pengerang memandangkan kepada kemampuan pekerja asing itu untuk datang ke Kuala Lumpur,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, kementerian menegaskan tindakan majikan yang tidak membayar gaji dengan alasan tiada kerja adalah satu kesalahan serius. – 16 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related