◉ HEADLINES

Pesawat Korean Air Lines, Cathay Pacific berlanggar di Lapangan Terbang New Chitose

Ketika kejadian, pesawat Korean Air dilaporkan sedang bersiap untuk berlepas ke Seoul

9:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat Korean Air Lines berlanggar di bahagian sayap dengan pesawat Cathay Pacific Airways yang tidak bergerak di Lapangan Terbang New Chitose, Sapporo di pulau utara Jepun, Hokkaido, semalam.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Cathay berkata, penerbangannya CX583 dari Sapporo ke Hong Kong tidak akan beroperasi seperti yang dijadualkan akibat insiden itu, tetapi kebanyakan pelanggan dipindahkan ke perkhidmatan lain semalam dan selebihnya hari ini.

Menurut jurucakap Korean Air, penerbangan KE766 ditolak ke belakang dari kedudukan parkirnya oleh kenderaan penunda semasa bersiap untuk berlepas ke Seoul, apabila ia berlanggar dengan pesawat Cathay sekitar jam 5.35 petang waktu tempatan.

Katanya, pesawat Korean Air itu berlanggar dengan pesawat Cathay ‘apabila kenderaan pengendali darat pihak ketiga tergelincir akibat salji tebal’ di Lapangan Terbang New Chitose.

“Tiada kecederaan dan syarikat penerbangan itu bekerjasama dengan semua pihak berkuasa yang berkaitan,” tambahnya.

Pesawat Korean Air itu membawa 276 penumpang dan 13 anak kapal manakala tiada sesiapa di dalam pesawat Cathay ketika insiden berlaku.

Jurucakap Korean Air berkata, penumpang dalam penerbangan terjejas itu dijadualkan tiba di Sapporo pada 11.30 malam dari Lapangan Terbang Incheon di Seoul.

Penerbangan yang dijadualkan semula itu tiba semula di Incheon pada 4.15 pagi hari ini.

Menurut stesen televisyen Sapporo, sebahagian daripada sayap pesawat Korean Air itu rosak.

Jurucakap Cathay mengesahkan terdapat insiden yang melibatkan salah satu pesawatnya.

“Pesawat kami, yang pada masa itu tidak bergerak tanpa penumpang atau anak kapal, dilanggar oleh Korean Air A330 yang sedang bergerak,” katanya.

“Akibatnya, penerbangan CX583 dari Sapporo ke Hong Kong tidak beroperasi seperti yang dijadualkan. Majoriti pelanggan kami akan dipindahkan ke perkhidmatan Cathay Pacific yang lain hari ini, dengan baki perjalanan bersama kami esok. Kami memohon maaf kepada pelanggan terjejas,” katanya.

Menurut laman web lapangan terbang itu, terdapat kelewatan dan pembatalan penerbangan semalam dengan rakaman video menunjukkan kawasan itu dilitupi salji tebal. – 17 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

◉ Related