HEADLINES

Merusuh guna kayu rotan, lima lelaki diberkas

Siasatan polis mendapati kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham, sebelum ia bertukar pergaduhan dan rusuhan

11:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pergaduhan membabitkan lima lelaki sehingga membawa kepada rusuhan dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor Bahru pada Isnin lalu, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mereka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, terdahulu pihaknya memperoleh maklumat mengenai satu video tular di media sosial pada 16 Januari lalu kira-kira jam 1.45 tengah hari, menerusi akaun pengguna Facebook bernama ‘thye teng lim’ berhubung kes itu.

Menurutnya, polis menerima laporan polis pada hari sama mengenai kejadian berlaku pada kira-kira jam 2.27 petang terbabit yang menyaksikan, kumpulan warga tempatan berkenaan merusuh dan menggunakan kayu rotan.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Permas Jaya bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Selatan, membuat serbuan di empat lokasi berbeza di sekitar negeri berkenaan.

“Hasil serbuan itu, polis menangkap lima suspek terbabit yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 43 tahun.

“Dalam serbuan ini, polis turut membuat rampasan dua telefon bimbit pelbagai jenis dan dua kayu rotan,” katanya menerusi kenyataan.

Raub berkata, hasil semakan mendapati empat suspek tidak mempunyai rekod lampau, manakala seorang memiliki dua kes dadah dan satu kes jenayah.

“Kelima-lima suspek menjalani pemeriksaan ujian saringan air kencing dan didapati negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Semua mereka dibenarkan oleh Mahkamah Johor Bahru ditahan reman,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih dari lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan, 016-4831003 atau pegawai penyiasat kes di 013-5781125,” katanya. – 18 Januari, 2023

Topics

 

Hangat

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Over 1,700 Malaysian products to enjoy zero tariffs under new US trade deal

Palm oil, rubber, cocoa and aerospace equipment among exports covered under the Reciprocal Trade Agreement signed between Malaysia and the United States

Malaysia bans ‘Hong Thai Inhaler’ after Thailand recall over bacterial contamination

Health Ministry blocks online sales and warns public to stop using the unregistered product, citing serious health risks

Related