HEADLINES

Bas ekspres dua tingkat dari Johor ke Perlis terbakar 80 peratus

Pegawai bomba memaklumkan, kebakaran bas yang membawa 17 penumpang dan dua pemandu itu dipercayai bermula dari bahagian enjin

9:02 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 17 penumpang dan dua pemandu sebuah bas ekspres dua tingkat berdepan detik cemas apabila kenderaan itu terbakar dalam kejadian di Kilometer 375.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Slim River, awal pagi ini.

Komander Operasi, PBK II Isma Mohamad Ubadullah berkata, Jabata Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 5.19 pagi.

Menurutnya, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi kejadian, dengan dibantu BBP Tanjung Malim.

“Bas itu adalah bas ekspres dua tingkat dan mengalami kebakaran yang dianggarkan sehingga 80 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan mengalami kesan daripada insiden.

“Difahamkan, bas itu yang membawa 17 penumpang, iaitu 14 lelaki dan tiga wanita sedang dalam perjalanan dari Johor ke Perlis,” katanya menerusi kenyataan.

Ujarnya, kebakaran dapat dikawal pada jam 5.50 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.23 pagi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad dilaporkan berkata, anggota bomba melakukan kerja pemadaman menggunakan tiga hose reel dan satu aliran pancutan 100 kaki bersumberkan air dari tangki air jentera.

Katanya, kebakaran dipercayai bermula daripada bahagian enjin yang terletak di belakang bas. – 19 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Related