◉ HEADLINES

SPRM sudah panggil, ambil dokumen anggota TLDM berhubung ‘kartel perolehan’

TLDM tidak berkompromi dengan mana-mana anggotanya yang terlibat salah laku, beri kerjasama penuh kepada siasatan terbabit

2:57 PM MYT

 

KUANTAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan beberapa anggotanya telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan ‘kartel perolehan’ melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah kem bernilai lebih RM9 juta.

Panglima TLDM Laksamana, Tan Sri Abdul Rahman Ayob berkata, SPRM juga telah mengambil beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes yang difahamkan membabitkan projek pada tahun lepas, dan beliau menegaskan TLDM memberikan kerjasama penuh kepada siasatan terbabit.

“Biar mereka (SPRM) teruskan kerja dan kita tunggu sehingga keputusan siasatan nanti. TLDM tidak berkompromi dengan mana-mana anggotanya yang terlibat dengan salah laku dan mereka seharusnya sedar tindakan yang akan dihadapi jika melakukan kesalahan,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Upacara Penamaan dan Pentauliahan Patrol Craft (PC) TLDM iaitu KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak di jeti Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini hari ini.

Ketika ditanya jika TLDM akan melakukan siasatan dalaman berhubung perkara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya akan menunggu laporan daripada SPRM terlebih dahulu sebelum memutuskan perkara berkenaan.

Semalam, SPRM mengesahkan penahanan tiga lelaki berumur antara 28 hingga 47 tahun di Pejabat SPRM Johor untuk membantu siasatan melibatkan kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja pembinaan di kem berkenaan.

Pembayaran penuh bagi projek itu difahamkan telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Johor Bahru di Johor hari ini membenarkan permohonan reman tiga lelaki berkenaan selama tujuh hari hingga 25 Jan ini bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – 19 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

MCMC welcomes Budget 2026’s digital focus, vows inclusive nationwide connectivity

Commission says multi-billion ringgit projects will boost rural access, AI development, and national data sovereignty

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related