◉ HEADLINES

Kancil rempuh sekatan jalan raya, anggota JPJ cedera

Anggota penguat kuasa itu cedera pada tangan dan kaki telah mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil

10:06 AM MYT

 

KOTA BHARU – Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang melarikan diri ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Op Pengarah JPJ Kelantan di Jalan Kuala Krai – Kota Bharu di sini malam tadi.

Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata Mohamed Azrin Abdul Wahab, 43, dirempuh sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak kira-kira 9 malam di SJR berhampiran Akademi JPJ Wilayah Timur.

“Kita dah kenal pasti pemilik kereta terbabit berdasarkan nombor pendaftaran dan laporan polis akan dibuat, insya-Allah dengan bantuan polis kita akan buat tangkapan dan kenderaan berkenaan akan disita,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi itu.

Terdahulu, kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki itu dilihat cuba melarikan diri daripada SJR terbabit, namun gagal apabila enjin kereta tiba-tiba gagal berfungsi, lalu seorang anggota JPJ yang berada di bahagian belakang kereta mengarahkan pemandu itu untuk masuk ke dalam kawasan Akademi JPJ Wilayah Timur bagi pemeriksaan lanjut.

Apabila pemandu terbabit berjaya menghidupkan semula enjin kereta, suspek terus meluru ke arah Mohamed Azrin yang berada di hadapan kenderaan itu dan mangsa bertindak melompat ke atas bahagian bonet hadapan kereta sebelum terjatuh di tepi kenderaan itu.

Mengulas lanjut, Mohd Misuari berkata Mohamed Azrin yang cedera pada tangan dan kaki telah mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Mohd Misuari berkata Op Pengarah JPJ Kelantan melibatkan 76 JPJ, Jabatan Alam Sekitar Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan telah melakukan pemeriksan terhadap 569 kenderaan dan 113 telah diambil tindakan.

“Sebanyak 188 notis telah dikeluarkan melibatkan 132 notis saman, notis larangan penggunaan kenderaan (20), notis arah periksa kenderaan (20) dan notis penahanan kenderaan (16),” katanya. – 20 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Lower assessment rates for PJ properties, but up to 25% higher quantum due to property value

MBPJ set to review real estate taxes for 2025, 33 years after last revision

◉ Related