◉ HEADLINES

Permohonan kad nikah dalam talian mudahkan pasangan pengantin di Selangor

Kad tersebut boleh diambil di kaunter selepas 10 hari waktu bekerja

10:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selangor masih belum melaksanakan sijil digital perkahwinan, sebaliknya buat masa ini negeri tersebut hanya membenarkan permohonan kad nikah secara dalam talian.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Industri Halal, Infrastruktur Digital serta Pembiayaan Sains, Teknologi, Inovasi (STI), Dr Fahmi Ngah berkata, jenis permohonan kad nikah dalam talian (Kad Perakuan Nikah MyNCR) itu untuk permohonan baharu atau gentian.

Proses permohonan itu, kata Dr Fahmi adalah tidak sama seperti semasa pandemik Covid-19 lalu.

Berdasarkan kepada laman web Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kad tersebut boleh diambil di kaunter selepas 10 hari waktu bekerja.

Proses permohonan kali ini tidak sama seperti semasa pandemik Covid-19 lalu, dan kad tersebut boleh diambil di kaunter selepas 10 hari waktu bekerja. – Gambar tangkap layar, 21 Januari, 2024

“Sijil digital belum ada lagi. Buat masa ini Selangor hanya membenarkan permohonan kad nikah itu sahaja yang digital,’’ katanya kepada Scoop hari ini.

Bagaimanapun permohonan manual untuk Kad Perakuan Nikah Pintar boleh dilakukan di Kaunter One Stop Centre (OSC), Aras Bawah (G), Menara Selatan, Jabatan Agama Islam Selangor, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid Bukit SUK, di Shah Alam.

Menurut Dr Fahmi Ngah, jenis permohonan kad nikah dalam talian adalah untuk permohonan baharu atau gentian. – Gambar media sosial, 21 Januari, 2024

Namun permohonan itu hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah di Selangor atau perkahwinannya telah didaftar di negeri ini.

Sabah sebelum ini memaklumkan ia menjadi negeri pertama di Malaysia yang akan memperkenalkan sijil digital untuk perkahwinan, perceraian dan ruju’ untuk pasangan Islam yang berkahwin di negeri itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) merangkap Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia bagi memudahkan Masyarakat Islam selain membendung insiden penipuan perkahwinan, perceraian dan rujuk.

“Kita antara yang pertama memperkenalkan kaedah ini dan sudah tentu untuk memudahkan urusan keluarga selain selamat digunakan,’’ katanya. – 20 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related