◉ HEADLINES

Lelaki maut jatuh tingkat 16 ketika lari serbuan polis

Lelaki warga Nigeria itu pada mulanya membuka pintu rumah, namun masuk semula selepas menyedari kehadiran polis lalu mengunci pintu

9:23 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cubaan seorang lelaki warga Nigeria melarikan diri daripada serbuan polis di sebuah kediaman membawa padah apabila dia maut terjatuh dari tingkat 16 kondominium di Batu Uban, Gelugor dalam kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, serbuan itu dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas menerima maklumat kediaman itu menjalankan aktiviti pengedaran dadah.

Menurutnya, seorang lelaki dipercayai warga Nigeria pada mulanya membuka pintu rumah ketika pihaknya tiba pada kira-kira jam 6 petang, namun individu terbabit masuk semula selepas menyedari kehadiran polis lalu mengunci pintu.

“Susulan itu, pasukan polis terpaksa memecahkan pintu dan kemudian menahan seorang individu.

“Berikutan wajah individu yang membuka pintu dengan lelaki ditahan itu tidak sama, pasukan polis membuat pemeriksaan lanjut di kawasan berkenaan sebelum menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tingkat bawah dipercayai individu yang membuka pintu tadi.

“Kita juga menemukan seorang lagi suspek lelaki warganegara sama di tingkat lapan kondominium berkenaan,” katanya menerusi kenyataan seperti dilaporkan media.

Beliau berkata, pemeriksaan dalam unit rumah itu menemukan sejumlah dadah jenis syabu dan pil ekstasi, namun jumlah semua dadah terbabit masih dalam siasatan polis.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, manakala dua lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya,” katanya. – 22 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

◉ Related