◉ HEADLINES

Tender perolehan kamera badan polis di peringkat akhir untuk dimuktamadkan

Saifuddin mengarahkan keputusan itu dipercepatkan selepas proses tender terbuka dijalankan

7:30 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses akhir untuk memuktamadkan keputusan tawaran tender perolehan kamera badan bagi kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lapangan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sudah mengarahkan KDN untuk menyegerakan perolehan aset tersebut selepas proses tender terbuka dilaksanakan bagi tujuan itu.

“Ya, kita dalam peringkat akhir memuktamadkan keputusan perolehan, saya tahu beberapa proses itu (tender) mengambil masa dan spesifikasi itu bertukar beberapa kali.

“Saya telahpun memberi arahan yang jelas kepada jawatankuasa perolehan agar tidak berlengah lagi dan mempercepatkan keputusan dibuat setelah proses terbuka dijalankan.

“Saya berharap perkara ini selesai dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Terdahulu, Saifuddin memaklumkan Dewan Rakyat bahawa penggunaan kamera badan polis dijangka dilaksanakan sepenuhnya mulai 2025.

Menurutnya, kerajaan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta pada 2021 untuk polis mendapatkan kamera badan, yang akan digunakan dalam tugas harian mereka.

Penggunaan kamera badan polis dilaksanakan susulan tular beberapa kejadian melibatkan salah laku anggota polis yang melakukan jenayah seperti rogol dan kes langgar sehingga mati seperti yang dilaporkan media sebelum ini. – 24 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Lessons from Masjid India’s sinkhole incident – Ravindran Raman Kutty

Restoring confidence in public infrastructure is crucial following tragic event

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

◉ Related