◉ HEADLINES

Che Ta akui tak tahu mengenai notis bankrap dikeluarkan mahkamah berkenaan LHDN

Menurut pelakon itu, dia sering membayar cukai pendapatan yang bernilai hampir RM50,000 sebulan menerusi ejen

2:47 PM MYT

 

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mengakui terkejut dan tidak tahu-menahu mengenai notis bankrap yang dikeluarkan mahkamah terhadapnya kerana didakwa gagal membayar cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Che Ta, dia pernah mempunyai masalah dengan LHDN beberapa tahun lalu selepas dihalang ke luar negara.

Bagaimanapun, katanya, isu itu sudah selesai dan dia kini membayar cukai pendapatannya yang bernilai hampir RM50,000 setiap bulan.

“Saya tak tahu-menahu mengenai notis ini kerana setiap bulan saya bayar cukai kepada LHDN menerusi ejen.

“Ejen yang uruskan segalanya termasuklah cukai yang melibatkan syarikat saya. Saya akui cukai yang saya perlu bayar agak banyak, tetapi saya bayar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikannya.

Tambah Che Ta lagi, dia juga terkejut bagaimana notis itu boleh sampai ke tangan orang lain terlebih dahulu dan bukannya kepada tuan punya badan.

“Kalau betullah saya dikenakan notis bankrap, pasti akan sampai pada saya terlebih dahulu, bukannya orang lain,” katanya.

Ditanya adakah terdapat pihak yang sengaja mencipta kontroversi dengan membuat notis palsu, kata Che Ta, dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Saya tak pernah mengata sesiapa ataupun menunjuk kekayaan saya selama ini. Saya hanya buat kerja saya,” katanya.

Che Ta juga akan berhubung dengan ejen cukainya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan notis berkenaan kepada orang ramai. – 25 Januari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related