HEADLINES

Suami isteri direman tujuh hari bantu kes kanak-kanak mati dipercayai didera

Kanak-kanak lelaki berusia setahun itu maut selepas dibawa ke Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri

9:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun yang dipercayai menjadi mangsa dera.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, permohonan reman pasangan berumur kira-kira 20-an itu dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

“Pasangan itu ditahan semalam di kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati terdapat unsur penderaan terhadap kanak-kanak terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-kanak 2001.

Media hari ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun maut selepas dibawa ke Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai didera.

Kanak-kanak malang itu dikatakan dihantar ke rumah suspek setiap kali ibu bapanya keluar bekerja. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related