HEADLINES

ICJ arah Israel halang pembunuhan beramai-ramai di Gaza

Bagaimanapun mahkamah tidak mengeluarkan sebarang arahan gencatan senjata

10:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) hari ini mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan bagi menghalang tindakan pembunuhan beramai-ramai semasa konfliknya dengan kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza.

Mahkamah juga memutuskan bahawa Israel mesti menghalang tenteranya daripada melakukan pembunuhan beramai-ramai selain perlu mengambil langkah memperbaiki keadaan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza, lapor Reuters.

Walaupun mahkamah tidak membuat keputusan muktamad sama ada pembunuhan beramai-ramai berlaku di Gaza, ia mengakui hak rakyat Palestin di rantau itu untuk dilindungi daripada tindakan sedemikian.

Afrika Selatan mengheret kes itu ke ICJ, meminta pemberhentian serta-merta operasi ketenteraan Israel, yang mengakibatkan kerosakan besar kepada Gaza dan kematian dilaporkan lebih 25,000 rakyat Palestin.

Mahkamah bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang arahan gencatan senjata.

Israel, sebagai tindak balas, menggesa mahkamah untuk menolak kes itu, menegaskan pematuhannya terhadap undang-undang antarabangsa dan haknya untuk mempertahankan diri, lapor Reuters.

Dua minggu sebelum itu, Afrika Selatan berhujah bahawa serangan udara dan darat Israel bertujuan untuk ‘memusnahkan penduduk’ di Gaza.

Tiada sebarang arahan gencatan sejatan dikeluarkan oleh ICJ hari ini. – Gambar Twitter ICJ, 26 Januari, 2024

Awal hari ini, Palestin, Mohammad Shtayyeh menyuarakan harapan agar keputusan ICJ hari ini akan merangkumi langkah-langkah menghentikan tindakan genosid Israel di Gaza yang kini memasuki hari ke-111.

Beliau berharap agar ICJ melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan aliran bantuan kemanusiaan yang cepat demi menyelamatkan mereka yang kebuluran, cedera, menghidap penyakit dan menghadapi ancaman kematian di Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum keputusan ICJ, Shtayyeh berkata: “Kami mengharapkan mahkamah memenuhi tanggungjawab undang-undang dan kemanusiaan di hadapan masyarakat antarabangsa memandangkan kejadian pembunuhan beramai-ramai yang dialami rakyat kami tidak pernah berlaku sejak Perang Dunia II. Kami menjangkakan mahkamah akan meneruskan siasatan berhubung pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap rakyat di Gaza.”

Afrika Selatan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Israel pada 29 Dis 2023, menuduhnya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Afrika Selatan membentangkan dokumen setebal 84 muka surat kepada mahkamah, mengumpulkan bukti pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin di Gaza. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Related