HEADLINES

3 lemas dalam kolam latihan kereta kebal

Kolam tersebut sedalam kira-kira tujuh kaki

10:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua kanak-kanak lelaki dan seorang remaja lelaki dilaporkan lemas selepas dipercayai mandi di dalam kolam latihan kereta kebal di Kem Batu Lima, Jalan Karak-Temerloh, Pahang, petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab, Penolong Penguasa Bomba Hairysam Mat Tahar berkata, dua mangsa masing-masing berusia 11 tahun manakala seorang lagi berusia 13 tahun.

Menurutnya, sembilan anggota dari BBP Mentakab dengan dibantu tujuh anggota dari BBP Temerloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 5.55 petang.

“Berdasarkan maklumat, kolam latihan kereta kebal itu sedalam kira-kira tujuh kaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hairysam berkata, ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSAS) di Temerloh dengan ambulans tentera.

“Bagaimanapun semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan sebaik tiba di hospital terbabit,” katanya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang menjalankan operasi penyelamatan di Kem Batu 5, Jalan Karak-Temerloh, Pahang. – Gambar ihsan JBPM, 26 Januari, 2024

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal diterima, empat kanak-kanak dilaporkan mandi dan disyaki lemas di kolam terbabit.

Susulan itu katanya, pasukan bomba membuat pencarian dengan mengepam air di kolam terbabit.

“Bagaimanapun selepas siasatan dilakukan hanya dua kanak-kanak dan seorang remaja dilaporkan mandi di kolam berkenaan.

“Semua mayat dihantar ke bahagian forensik, HOSAS untuk proses bedah siasat dan identiti mangsa belum diperolehi,” katanya. – 26 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Three JDT players banned following FIFA ruling: MFL CEO

League to enforce suspensions as FAM prepares appeal over FIFA’s ruling on heritage player

Related