◉ HEADLINES

2 mayat terakhir tragedi tanah runtuh di Cameron Highlands telah ditemukan

Dalam kejadian itu, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas rumah yang dihuni mereka terlibat dalam tragedi tanah runtuh

9:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Dua lagi mayat terakhir mangsa tanah runtuh di Kampung Raja, Blue Valley, Cameron Highlands ditemukan petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan, mangsa keempat dijumpai pada 6.10 petang manakala mangsa kelima dan terakhir dijumpai pada jam 6.50 petang tadi.

“Mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,’’ katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Azri Ramli berkata, kedua-dua mayat ditemui berdekatan antara satu sama lain pada jarak lima meter.

Mangsa keempat dikenali sebagai Shing Law Har, 56 dan seorang lagi mangsa adalah Om My, 37.

Dalam kejadian itu, lima warga Myanmar termasuk seorang wanita dikhuatiri tertimbus selepas rumah yang dihuni mereka terlibat dalam tragedi tanah runtuh kira-kira 2.40 pagi kelmarin.

Semua mangsa adalah warga Myanmar dan mereka merupakan pekerja di ladang sayur di situ.

Sementara itu, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman ketika mengulas mengenai kejadian berkenaan berkata, pemilik kebun warga tempatan itu pernah ditahan dan sitaan peralatan dilakukan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pada April tahun lalu.

“Peneroka itu ada membuat permohonan permit penggunaan tanah hutan, namun Jabatan Perhutanan tidak memberi sokongan kerana keadaan cerun yang tinggi melebihi 35 darjah.

“Ia disebabkan ada risiko bahaya iaitu jika berlaku hujan yang banyak, cerun itu tidak dapat menampung dan berlaku gelinciran,” katanya.

Beliau berkata, pemantauan akan dilakukan secara berterusan oleh jabatan-jabatan berkaitan bagi menangani isu pencerobohan hutan di kawasan berkenaan. – 27 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related