◉ HEADLINES

Beberapa jalan utama, lebuh raya ditutup esok sempena raptai istiadat keberangkatan balik Agong

Penutupan penuh laluan akan dibuat selama sejam mulai 9 pagi di Jalan Damansara, Jalan Tuanku Abdul Halim dan Lebuhraya Sultan Iskandar menuju ke Jalan Parlimen

11:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa jalan utama dan lebuh raya sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat mulai 9 hingga 10 pagi esok bagi raptai Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, penutupan penuh laluan akan dibuat selama sejam mulai 9 pagi di Jalan Damansara, Jalan Tuanku Abdul Halim dan Lebuhraya Sultan Iskandar menuju ke Jalan Parlimen.

“Penutupan penuh laluan akan turut dilakukan di Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tun Perak menuju ke Bulatan Datuk Onn,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau juga berkata, jalan raya yang ditutup mulai 9.20 hingga 10 pagi ialah Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, Jalan Sultan Hishamuddin dan Jalan Tun Sambanthan menuju ke Jalan Damansara.

Turut ditutup Jalan Syed Putra dan Jalan Dewan Bahasa menuju ke Jalan Istana, Jalan Sungai Besi ke arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, Jalan Connaught dari arah Lebuhraya Syed Putra dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dari arah Pantai Dalam.

“Juga ditutup Lebuhraya Mex dari arah Plaza Tol Salak Selatan, Lebuhraya Shah Alam dari arah Sungai Besi, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan persimpangan SUKOM,” katanya.

Sarifudin berkata, seramai 91 anggota trafik akan terlibat dalam raptai itu dan pengguna jalan raya dinasihat mematuhi arahan polis. – 27 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

◉ Related