HEADLINES

Suniel Shetty elak ambil makanan berminyak, bergula demi kesihatan

Bintang Bollywood itu mengakui sering datang ke Malaysia untuk bercuti dan penggambaran filem

6:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pada usia yang sudah mencecah 62 tahun, harus diakui aktor Bollywood, Suniel Shetty kelihatan lebih menarik dan kacak apabila masih memiliki bentuk badan yang berotot serta sasa berbanding zaman mudanya.

Namun, siapa sangka aktor ini sebetulnya seorang pencinta makanan dan gemar menikmati makanan yang sedap serta menjadi salah seorang pelanggan setia di restoran Copper Chimney di Mumbai, India yang sudah membuka cawangan di Malaysia dengan nama Copper Grillhouse.

Ditanya bagaimana menjaga kesihatan diri dan bentuk badannya, Suniel berkata, dia sentiasa konsisten dengan apa yang dilakukannya, melatih dirinya dengan makanan dan sentiasa mengira jumlah pengambilan makanannya.

“Itu cara saya mengekalkan diri saya. Sangat penting untuk menjadi konsisten sama ada dengan membuat latihan senaman atau pengambilan makanan kerana ia adalah keseimbangan yang sempurna.

“Saya juga tahu apa makanan yang sesuai dengan saya dan apa yang tidak. Jadi, jadi saya sentiasa pastikan untuk jauhkan diri daripada makanan yang tidak sesuai dengan saya.

“Saya mengawal pengambilan gula, kuantiti minyak di dalam makanan yang saya ambil dan saya akan cuba jauhkan diri dengan seboleh mungkin daripada makanan berminyak. Sebab itu saya memilih makanan yang dipanggang,” katanya sewaktu hadir sebagai tetamu kehormat di majlis sidang media pembukaan restoran Copper Grillhouse di Taman Tun Dr Ismail.

Hal itu yang menyebabkan dia cukup menggemari menu yang disediakan di Copper Chimney apatah lagi rasanya juga seperti makanan yang disediakan di rumah.

Jelas Suniel, memang sukar menjaga badan apabila seseorang itu sudah mula menua.

“Pada usia saya ini, metabolisme saya sudah semakin menurun. Jadi mengira jumlah makanan dan masa adalah penting. Selalunya, waktu makan terakhir saya adalah sekitar jam 6 hingga 6.30 petang.

“Bila saya menikmati makanan yang seterusnya (pada keesokan harinya), ia adalah sekitar 12 hingga 15 jam. Saya tidak menggelarnya sebagai Intermitted Fasting (IF), sebab saya tidak cuba melakukannya sebaliknya ia berlaku secara semula jadi,” katanya.

Aktor yang terkenal dengan filem seperti Dadkhan, Hera Pheri dan Border ini mengakui dia sering datang ke Malaysia sama ada untuk bercuti atau menjalani penggambaran filem.

Bagi mengekalkan bentuk badan berotot dan sasa pada usia sudah mencecah 62 tahun, Suniel Shetty konsisten menjaga pemakanan serta melakukan senaman. – Ellyna Ali/Scoop, 28 Januari, 2024

“Malaysia Truly Asia, ia memang seringkali disebut dan anda mungkin akan merasai pengalaman ini jika benar-benar menghabiskan masa di sini. Setakat dua atau tiga hari, ia tidak mungkin akan membantu anda untuk mengenali Malaysia.

“Saya datang ke sini banyak kali dan saya memang seronok menjayakan penggambaran di sini. Antara destinasi kegemaran saya untuk penggambaran filem.

“Waktu saya menjayakan konsert mega G5 di sini suatu ketika dahulu, kebanyakan aktor juga berada di sini dan mereka turut berdepan dengan pengalaman menarik,” katanya. – 28 Januari, 2024

Topics

 

Popular

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related