◉ HEADLINES

Raja Petra, antara 5 ‘wanted’ buruan PDRM bersembunyi di luar negara: Ketua Polis Negara

Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin, Alvin Tan dan pengasas SiHulk yang bersembunyi di New Zealand antara lima yang 'dikehendaki'

6:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima ‘wanted’ disenaraikan sebagai paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan bagi kesalahan-kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka adalah pengasas serta pengikut ajaran sesat SiHulk yang kini bersembunyi di New Zealand.

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 memutuskan ajaran dan fahaman SiHulk sebagai sesat, menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Baru-baru ini tular beberapa video memaparkan individu mengeluarkan kenyataan dan ungkapan menyeleweng daripada ajaran Islam dipercayai pengikut ajaran yang dibawa oleh SiHulk.

Satu video yang kembali menjadi tular tersebut dimuat naik melalui akaun Facebook Nurul Sakinah yang bertajuk ‘Nabi Muhammad itu adalah Allah’.

Razarudin memberitahu, selain itu, PDRM juga menyenaraikan penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin dan Alvin Tan atau Tan Jye Yee sebagai ‘wanted’.

Katanya, Raja Petra kini bersembunyi di Manchester, United Kingdom manakala Alvin Tan di California, Amerika Syarikat (AS).

Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin yang kini bersembunyi di Manchester, United Kingdom antara lima yang disenaraikan sebagai ‘orang dikehendaki’ PDRM. – Gambar fail, 28 Januari, 2024

Beliau berkata, dua lagi yang diburu adalah N Ganesparan yang memiliki 20 kes di bawah Akta Hasutan 1948 yang bersembunyi di Hamburg, Jerman selain aktivis politik, Ali Abu Jalil yang mempunyai 40 kes di bawah akta sama.

Ali kini berada di Stockholm, Sweden.

“Cubaan permohonan red notice (notis merah) polis antarabangsa (Interpol) bagi N Ganesparan dan Alvin Tan tidak dibenarkan oleh General Secretariat atas alasan bertentangan dengan Artikel 3 Interpol Constitution and Rules (it is strictly forbidden for the Organization to undertake any intervention or activities of a political, military, religiois or racial character).

“Kesemua suspek dimasukkan dalam senarai wanted (RJ10) dan tindakan siasatan akan diteruskan jika suspek dikesan balik ke Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, bagi tempoh 2019 sehingga Oktober 2023, jumlah yang masih diburu PDRM adalah seramai 45,585 orang melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (6,379 orang) diikuti Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (9,249); Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (29,957).

“Pelbagai jenis kesalahan di bawah kesalahan jenayah iaitu jenayah harta benda dan jenayah kekerasan, kes narkotik dan komersial di bawah pelbagai perundangan sedia ada.

“Kita tiada data yang tepat mengenai negara pilihan mereka melarikan diri walaupun semakan dengan Jabatan Imigresen telah dibuat. Tiada negara pilihan yang khusus,” katanya. – 28 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

MCMC welcomes Budget 2026’s digital focus, vows inclusive nationwide connectivity

Commission says multi-billion ringgit projects will boost rural access, AI development, and national data sovereignty

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

◉ Related