HEADLINES

Malaysia pahat sejarah mara ke final hoki Piala Dunia 5s

Buat perhitungan dengan pasukan No. 1 dunia, Belanda malam ini

8:33 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia memahat sejarah tersendiri apabila melangkah ke pentas final edisi sulung hoki Piala Dunia 5 Sebelah (5s) 2024 di Muscat, Oman selepas menewaskan Poland 4-3 pada separuh akhir awal pagi tadi.

Dalam aksi di Stadium Hoki Muscat itu, skuad hoki 5s lelaki negara bimbingan Wallace Tan berbekalkan semangat juang tinggi membuka jaringan menerusi pukulan penalti Muhammad Arif Syafie Ishak pada minit ketujuh, namun Poland menyamakan kedudukan selang dua minit menerusi jaringan padang Damian Jarzembowski.

Bersambung babak kedua, tiga gol dihasilkan Malaysia menerusi Mohamad Kamarulzaman Kamaruddin pada minit ke-19, diikuti ketua pasukan, Mohamad Akhimullah Anuar Esook masing-masing pada minit ke-22 dan ke-24, sekali gus memastikan kedudukan selesa buat negara mendahului 4-1.

Poland bangkit merapatkan kedudukan apabila mencetak dua gol masing-masing menerusi Wojciech Rutkowski (m27) dan Jakub Holosyniuk (m30), namun ternyata tidak cukup untuk mengekang hasrat skuad negara untuk mara ke peringkat seterusnya.

Skuad negara dijadualkan bertemu Belanda di pentas final pada 12.20 tengah malam ini.

Aksi pemain negara (jersi merah) ketika menentang Poland dalam separuh akhir hoki Piala Dunia 5s di Muscat, Oman awal pagi tadi. – Gambar FIH, 31 Januari, 2024

“Apa yang boleh dikatakan tentang perlawanan hari ini, pemain Malaysia telah memberikan segalanya berjuang sehingga ke saat akhir.

“Yang terakhir tu Poland dapat cabar tapi kita dapat selamatkan sekali gus memenangi perlawanan ini,” kata Wallace menerusi video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) kepada media.

Bagi Akhimullah, selepas berjaya melangkah jauh di Muscat, skuad negara akan melakukan segala yang terdaya untuk menamatkan cabaran selaku juara biarpun mengakui, Belanda adalah lawan yang jauh lebih getir.

“Alhamudlillah, kami berjaya melakukan segalanya…Permulaan kami seri dengan Oman dan kemudinnya kami bangkit semula dan menang. Semangat juang dan moral semua pemain sangat tinggi, ada satu lagi perlawanan dan kami akan fokus untuk melakar sejarah.

“Belanda ada pemain yang bagus dan mereka juga di ranking No.1 dunia sekarang. Kami kena lawan dan buat Malaysia bangga, kami akan buat yang terbaik, fokus dan kami akan berjuang hingga wisel penamat,” kata Akhimullah

Topics

 

Popular

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Related