Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok

Penumpang masih perlu mendapatkan khidmat bas perantara percuma bagi meneruskan perjalanan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya

4:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Februari ini.

Ketua Pegawai Operasi LRT Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), Nor Azmi Mohd Yusof berkata, perubahan operasi tren ini akan memudahkan pengguna tanpa perlu turun di stesen LRT Hang Tuah untuk mendapatkan tren pengantara bagi meneruskan perjalanan ke stesen Masjid Jamek.

Bagaimanapun beliau berkata, penumpang masih perlu mendapatkan khidmat bas perantara percuma bagi meneruskan perjalanan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya.

“Dalam tempoh sama, pihak Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan menjalankan operasi percubaan akhir perkhidmatan LRT di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya, sebagai persiapan sebelum pembukaan semula laluan ini kepada pengguna.

“… dengan perubahan terhadap pengoperasian itu, kekerapan tren pada waktu puncak juga akan dipertingkatkan kepada 3.5 minit bagi Daerah Pusat Perniagaan (DPP) dan tujuh minit di luar DPP susulan pertambahan tren daripada 24 kepada 31 tren,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi taklimat media mengenai operasi percubaan lanjutan daripada kerja-kerja baik pulih struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya, di sini hari ini.

Sebelum ini, laluan di antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya ditutup sejak 27 Januari tahun lepas, susulan daripada kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan tren tidak dapat melalui kawasan berkenaan.

Nor Azmi berkata, pelaksanaan operasi percubaan akhir ini dijalankan sebagai mematuhi piawaian operasi dalam langkah untuk memastikan keselamatan pengguna dan kebolehpercayaan sistem rel.

“Kita harap pengguna dapat bersabar sedikit masa lagi untuk percubaan akhir selesai sebelum kita dapat memulakan operasi normal yang dijangka dilaksanakan pada penghujung Februari ini, bergantung kepada penilaian dan kelulusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),” katanya

Sementara itu, Ketua Jabatan Projek Pembangunan Rel Prasarana Malaysia Berhad, Muhammad Hafizi Hashim berkata, kerja-kerja membaik pulih struktur jejambat dan landasan berhampiran stesen Bandaraya telah selesai sepenuhnya.

“Semasa kerja-kerja dijalankan, kontraktor telah memasang beberapa peralatan untuk monitor di ground movement. Untuk ujian percubaan akhir ini, kita terus merekodkan prestasi ground movement untuk memastikan segala perjalanan masa ujian itu adalah melalui standard piawaian yang ditetapkan,” katanya. – 31 Januari, 2024

Topics

Hangat

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related