◉ HEADLINES

131 PATI etnik Rohingya lari dari pusat tahanan imigresen

Seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan

9:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 131 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dilaporkan telah melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Bidor dekat Tapah, Perak malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.50 malam itu, kesemua mereka berada di bawah seliaan Jabatan Imigresen dan Op Tutup dilancarkan di beberapa kawasan termasuk daerah Muallim bagi menjejaki PATI berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengenai kejadian itu.

Malah katanya, seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 335, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bidor.

“Sekarang ini kita sedang giat mengesan baki 130 orang PATI etnik Rohingya itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataannya berkata, susulan kejadian itu, pihaknya dengan kerjasama beberapa agensi lain sedang giat menjalankan operasi bagi menangkap semula 130 tahanan dari 131 tahanan yang melarikan diri.

Katanya, seramai 275 anggota pelbagai agensi seperti Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) telah dikerahkan sejak malam tadi untuk mengesan tahanan tersebut.

“Pada pagi ini, seramai 100 anggota yang terdiri daripada Imigresen dan PGA telah ditambah untuk meneruskan misi pengesanan tahanan.

“Pihak kami memohon jasa baik orang awam yang mempunyai maklumat terhadap tahanan yang melarikan diri ini, sila hubungi Bilik Gerakan Depot Imigresen Bidor (05-4348736); Balai Polis Bidor (05-4342222) dan Balai Polis Tapah (05-4011222),” katanya. – 2 Februari 2024

Topics

 

◉ Hangat

Petronas Dagangan expands used cooking oil collection network to 100 stations nationwide

Initiative promotes circular economy by turning household waste into income and supporting cleaner fuel production

MRCB stadium suit: Abdul Razak silenced, Hunter faces trial in absentia

Activist Abdul Razak bound by consent judgment in MRCB’s stadium redevelopment suit, permanently restrained from repeating allegations, while blogger Murray Hunter faces trial in absentia with judgment set for July 17

Exploring Perak’s ancient limestone formations: Gua Tempurung 

Brown signboards marking sites of cultural interest and recreation along the North South Highway and federal roads often inject some excitement at the possibility of making new discoveries, but many miss out on delving into an actual adventure due to other distractions.

◉ Related