HEADLINES

Najib mohon pengampunan atas pertimbangan tidak diberikan ‘perbicaraan adil’, kata Puad

“Dia bukan mohon Pengampunan Diraja kerana mengaku bersalah. Dia mohon pengampunan penuh. Tidak timbul isu kurang tempoh penjara dan denda.'' : Puad

6:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Permohonan asal Datuk Seri Najib Razak untuk Pengampunan Diraja adalah atas pertimbangan beliau tidak diberikan ‘perbicaraan yang adil’ sehingga dijatuhkan hukuman bersalah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika mengulas mengenai proses pengampunan itu berkata, bekas Perdana Menteri itu bukan memohon pengampunan kerana beliau mengaku bersalah.

“Dia bukan mohon Pengampunan Diraja kerana mengaku bersalah. Dia mohon pengampunan penuh. Tidak timbul isu kurang tempoh penjara dan denda.

“Itulah sebab MKT Umno bersetuju kemuka ‘warkah rayuan’,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

MKT semalam telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai permohonan pengampunan Najib dan kemudian memutuskan untuk mengadakan petisyen bagi mendapat pengampuan penuh ke atas beliau.

Datuk Mohd Puad Zarkashi menjelaskan, MKT Umno bersetuju mengemukakan ‘warkah rayuan’ kerana Datuk Seri Najib Razak memohon pengampunan penuh, jadi tidak timbul isu kurang tempoh penjara dan denda. – Gambar Facebook Puad Zarkashi, 4 Februari, 2024

Susulan itu, seramai 145 daripada 191 ketua Umno bahagian telah hadir pada mesyuarat tertutup hari ini untuk membincangkan mengenai petisyen bagi mengumpul tandatangan ahli Umno di seluruh negara sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk mempertimbangkan keputusan Lembaga Pengampunan.

Dalam hantarannya itu, Puad turut mengkritik bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang didakwa tidak memahaminya.

“Dia patut tanya ‘I beg your pardon’,’’ kata Puad.

Tony baru-baru ini telah membuat sindiran terhadap dalam hantaran di Facebook memgenai pengampunan Najib hingga mencetuskan kemarahan beberapa pihak.

Ia termasuk Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mengumumkan akan membuat laporan polis di seluruh negara bagi menggesa siasatan terhadap Tony yang didakwa mengeluarkan kenyataan biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related