HEADLINES

‘Tiada keperluan untuk proses sulh, Musa bukan anak kandung mereka, tetapi Nina ibu susuannya’: Essam

Suami kepada Mizz Nina, Essam Muhammad hari ini hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam bagi mewakilinya menghadiri prosiding proses sulh untuk menuntut hak penjagaan anak angkat mereka, Musa.

5:03 PM MYT

 

SHAH ALAM – Suami kepada Mizz Nina, Essam Muhammad hari ini mewakilinya pada prosiding Sulh hak penjagaan anak angkatnya, Musa di Mahkamah Syariah Shah Alam.

Sebagai wakil Mizz Nina, Essam memberitahu media bahawa dia hadir bagi pihak isterinya kerana dia adalah penjaga keluarga mereka.

“Saya ingin membuat kenyataan jelas bahawa tiada anak yang patut diambil dari ibu bapa atau penjaganya tanpa kebenaran. Isteri saya ada segala dokumen sah untuk menjaga Musa.

“Seperti yang anda semua ketahui, ibu kandung Musa sendiri menuntut Noh untuk membuat permohonan maaf kerana mendedahkan wajah Musa biarpun sudah ada perjanjian dibuat.

“Namun apa yang dilakukan Noh selepas itu, dia mendedahkan pula nama penuh ibu kandung Musa. Tiada ibu yang mahu beritahu semua bahawa mereka menyerahkan anak mereka untuk dijadikan anak angkat,” katanya.

Menurutnya, perkara utama harus diberikan fokus adalah tiada keperluan proses sulh di antara Nina dan Noh kerana Musa bukanlah anak kandung mereka.

“Jika Musa adalah anak kandung mereka dan ini adalah perebutan di antara ibu bapa kandung, maka teruskanlah dengan sulh.

“Tetapi di dalam situasi ini, Nina adalah ibu susuan kepada Musa. Dan saya berkahwin dengan Nina. Bermakna saya adalah penjaga dan pelindung keluarga ini. Disebabkan itulah saya berada di sini hari ini,” katanya.

Essam juga meminta Noh untuk berhubung secara langsung dengannya di Instagram selepas ini.

“Kalau dia mahu berkomunikasi dengan ahli keluarga saya termasuk Nina, saya adalah mahramnya.

“Jangan cari isteri saya, carilah saya. Kalau dia mahu berkomunikasi dengan saya, media sosial saya masih dibuka untuk orang awam,” tambahnya.

Dalam pada itu, Essam juga mendedahkan bahawa nama sebenar Musa bukanlah seperti diberitahu Noh.

“Nama didedahkan itu bukanlah nama sebenar Musa. Dia (Noh) memberikan info salah. Saya tidak akan mendedahkan nama sebenar Musa kerana kami mesti melindungi identiti serta maklumat mengenainya kepada umum.

“Mungkin hari itu kalian mendengar cerita dari pihak sana, tetapi hari ini, inilah kebenarannya. Ini adalah cerita yang perlu didengari semua orang.

“Terima kasih kepada mahkamah, peguam, kerajaan dan semua yang menyokong serta berpihak kepada pihak yang benar,” ujarnya.

Terdahulu, Noh menerusi hantaran di Instagram mendedahkan nama penuh anak angkatnya adalah Musa Mohammad Noh bin Abdullah. – 5 Februari 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related