HEADLINES

Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia

Salwani dikatakan mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia

5:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Isteri kedua Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad, meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarhamah Salwani Yusof, 43, dilapor menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 1 tengah hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

Seorang pegawai Khalid berkata, Salwani mengalami sesak nafas dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

“Ya, isteri kedua UB Khalid meninggal dunia pada kira-kira jam 1 tengah hari di hospital.

“Beliau mengalami sesak nafas,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Difahamkan, jenazah Salwani akan disembahyangkan di Masjid Negeri Kubang Kerian selepas solat Isyak.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali malam ini.

Khalid dan Salwani melangsungkan pernikahan pada Februari 2022, selepas didakwa berkenalan sejak setahun sebelum itu.

Ia diperkatakan selepas tular gambar memaparkan mereka, dengan masing-masing mengenakan baju Melayu lengkap serta baju kurung berwarna putih duduk bersebelahan.

Perkahwinan mereka dikatakan berlangsung di Kubang Kerian, Kelantan pada 10 Februari.

Sebelum ini, Khalid pernah memegang beberapa jawatan dalam politik, antaranya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam, selain Menteri Wilayah Persekutuan di bawah kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 hingga 2019. – 5 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related