HEADLINES

Legenda bola sepak negara, Khalid Ali meninggal dunia

Allahyarham antara wira membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980

5:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak negara, Abd Mohd Khalid Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Khalid Ali meninggal dunia pada usia 66 tahun, kira-kira jam 3 petang tadi.

Allahyarham antara wira yang membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik Moscow, Russia pada 1980 dan pernah menyarung jesi Selangor serta Kuala Lumpur.

Pemergian Allahyarham dimaklumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di Facebook selepas hampir setahun bertarung dengan kanser paru-paru.

Sebelum ini, Allahyarham disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat sekitar April tahun lalu.

Bercakap kepada Scoop, bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan berkata, kesihatan abangnya itu semakin merosot sejak dua hari lalu dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Abang mengalami kesukaran bernafas sejak dua hari lalu dan dia juga mengalami sakit yang teruk di bahagian dada.

“Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 petang tadi. Saya hilang kata-kata. Dia adalah mentor saya dan semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya.

Allahyarham yang juga bekas pemain bek kanan Selangor, menyarung jersi kebangsaan dari 1977-1985 dan membantu skuad Harimau Malaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Moscow, Russia pada 1980.

Arwah terkenal dengan permainan yang versatil sebagai bek kanan dan pemain tengah bertahan.

Khalid pernah dua kali menyarung jersi Selangor dari 1976 hingga 1980 dan 1983 hingga 1985. Beliau juga beraksi untuk Kuala Lumpur pada 1981-1982.

Allahyarham pernah memenangi lima kejuaraan utama bersama Selangor (Liga Super – 1984, Piala Malaysia – 1976, 1978, 1979, 1984) selain meraih pingat emas buat Malaysia dalam Sukan SEA 1979 di Jakarta, Indonesia. – 6 Februari, 2024

Topics

 

Popular

New NFDP technical director sets blueprint to reduce reliance on naturalised players

Following heritage player fiasco, Ong Kim Swee focuses on developing homegrown talent

‘Glow Campaign’ launched to protect Bukit Kiara from condo development

Initiative calls on Sime Darby Property to pause project and disclose environmental impact to safeguard Kuala Lumpur’s urban green lung

Online Safety Act enforces stricter rules, enhances protection for minors online

New law aims to curb harmful content and limit under-16 access on social media, Platforms must implement age verification and safeguard children from digital risks

Related