◉ HEADLINES

13 bas ekspres dilarang berada di jalan raya, 4 pemandu positif dadah: JPJ

JPJ telah melakukan pemeriksaan terhadap 2,801 buah bas di 28 terminal di seluruh negara sejak 1 Februari lepas hingga malam tadi

8:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 13 buah bas ekspres dilarang berada di jalan raya selepas didapati tidak mencapai standard keselamatan ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata tindakan tersebut diambil menerusi pemeriksaan Ops Khas Terminal sempena Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan.

Katanya, pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 2,801 buah bas di 28 terminal di seluruh negara sejak 1 Februari lepas hingga hari ini.

Operasi ini dijalankan bagi memastikan bas yang akan digunakan mampu beroperasi dengan lancar tanpa sebarang masalah, katanya dalam sidang media Ops Khas Terminal, di Terminal Bersepadu Selatan, di sini, hari ini.

“Dalam operasi ini, sebanyak 44 buah bas telah diambil tindakan dengan 13 daripadanya tidak dibenarkan berada di atas jalan raya kerana tahap keselamatan sangat rendah serta tidak mencapai standard keselamatan yang ditetapkan.

“JPJ juga menjalankan ujian saringan urin erhadap 187 pemandu bas dan daripada jumlah itu empat pemandu didapati menggunakan barang terlarang. Kes telah diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

“Selain itu, katanya, pihaknya juga menjalankan pemeriksaan teknikal terhadap tayar, sistem brek dan peralatan keselamatan bas-bas berkenaan bagi memastikan kelancaran perjalanan selain penumpang mendapat perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat serta selesa ke destinasi yang dituju.

“Pemeriksaan buku log juga dibuat untuk memantau pergerakan kenderaan terbabit berada dengan sempurna,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang masalah berkaitan supaya melaporkan aduan secara terus atau masa nyata (real-time) dengan menggunakan Aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau e-mel [email protected] beserta dengan butiran lengkap aduan. – 8 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Indonesian driving licences to be recognised in Southeast Asia from June 2025

Identity cards to also serve as driving licences, police official says

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

◉ Related