HEADLINES

600,000 penjawat awam selesai daftar Padu: Ketua Perangkawan

Jumlah itu merupakan 40 peratus daripada keseluruhan 1.5 juta kakitangan kerajaan di negara ini

4:30 PM MYT

 

JERTIH – Sebanyak 600,000 penjawat awam di bawah agensi kerajaan pusat telah mendaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) di seluruh negara setakat semalam, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata jumlah itu merupakan 40 peratus daripada keseluruhan 1.5 juta kakitangan kerajaan di negara ini.

“Penjawat awam di bawah agensi kerajaan Terengganu pula merupakan antara penjawat awam negeri tertinggi mendaftar iaitu sebanyak 41 peratus atau 3,672 orang daripada keseluruhan 8,804 penjawat awam.

“Tempoh untuk penjawat awam seluruh negara kemas kini Padu masih berbaki tujuh hari lagi iaitu sehingga 15 Februari ini seperti yang ditetapkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,” katanya pada sidang media selepas meninjau proses pendaftaran Padu di Balai Raya Kampung Jawek, di sini hari ini.

Mohd Uzir berkata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) juga telah menggerakkan skuad khas ke agensi kerajaan yang menurutnya mempunyai kekangan masa akibat tugasan masing-masing untuk memudahkan mereka mendaftar dengan Padu.

“Umpamanya kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mempunyai kekangan dengan tugas maka kita hantar petugas ke premis kesihatan seperti membabitkan jururawat untuk membuat pengisian ini (Padu).

“Sementara kolaborasi DOSM dengan agensi lain antaranya Jabatan Belia dan Sukan, serta beberapa agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) seperti Jabatan Kemajuan Luar Bandar dan Masyarakat (Kemas) adalah antara usaha untuk memastikan pendaftaran dapat dibuat orang awam dengan teratur tanpa menunggu saat akhir,” katanya. 

Keseluruhannya beliau berkata setakat ini seramai 2.79 juta orang telah mendaftar Padu di seluruh negara dan beliau sekali lagi mengingatkan tarikh akhir pendaftaran dengan sistem tersebut adalah pada 31 Mac ini.

Padu dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, DOSM dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri. – 8 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related