HEADLINES

Isu Nik Elin: Kerajaan lebih dari stabil, boleh pinda perlembagaan beri kuasa pada DUN

Fadhli berkata keputusan telah diputuskan dan tiada lagi proses rayuan dari sudut perundangan justeru ia wajar dihormati oleh semua pihak

12:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — PAS mendesak kerajaan menyegerakan usul meminda perlembagaan di Parlimen dengan memasukkan bidang kuasa jenayah di bawah Senarai III, Senarai Bersama bagi memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia bagi memberi kuasa DUN membuat undang-undang kesalahan jenayah termasuk jenayah syariah.

“Kerajaan sekarang sudah lebih dari stabil serta telah mendapat sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat, saya yakin usaha ini sangat mudah dilakukan oleh kerajaan,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dikemukakan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Man, yang mengetuai panel sembilan panel, menyampaikan keputusan majoriti Hakim 8-1 hari ini, di mana mereka mengekalkan Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau orang Islam yang rosak akhlaknya).

Mengulas lanjut, Fadhli berkata, keputusan itu telah diputuskan oleh badan perundangan di peringkat tertinggi dan tiada lagi proses rayuan justeru dari sudut perundangan ia adalah muktamad serta mandatori.

Sudah tentu, katanya, ia wajar dihormati oleh semua pihak.

“Sudah tentu banyak pihak berdukacita dengan keperluan ini yang sekali gus akan mencetuskan ‘domino effect’ kepada kompetensi DUN di negeri yang menggubal undang-undang syariah yang dilihat ‘bertentangan’ dengan Perlembagaan Persekutuan,’’ katanya. – 9 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Agong’s warning on ‘flying coffins’: A look back at Malaysia’s Skyhawk jet fiasco – A. Azim Idris

Sultan Ibrahim highlighted the costly A-4 Skyhawk deal as a lesson in scrapping the procurement of 30-year-old Black Hawk choppers, urging Malaysia to avoid past failures in defence strategies

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jaya Grocer invests RM100 million in Malaysia’s first automated grocery warehouse

Jaya Grocer announces its largest investment yet, a state-of-the-art automated warehouse in Selangor, set to revolutionize supply chain efficiency, create high-skilled tech roles, and support Malaysia's digital economy

Related