◉ HEADLINES

Salah laku pegawai, anggota ‘menconteng arang ke muka’ PDRM: Razarudin

Polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang gagal melaksanakan tugas seperti diamanahkan

2:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelanggaran tatatertib melibatkan pegawai dan anggota polis yang berlaku baru-baru ini telah menconteng arang selain merosakkan reputasi serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, sebagai warga PDRM yang memegang amanah, tindakan tegas perlu diambil oleh segenap lapisan untuk mengelak insiden sedemikian daripada berulang.

“Sekali lagi saya mengulangi peringatan kepada diri saya dan para penyelia di semua peringkat untuk bertanggungjawab dalam mengawal selia pegawai serta anggota masing-masing daripada semua sudut.

“PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana Pegawai Penyelia yang didapati gagal dalam penyeliaan seperti yang termaktub dalam Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993,” katanya.

Razarudin berkata demikian semasa perhimpunan bulanan Ketua Polis Negara bagi bulan Februari 2024 anjuran Jabatan Pengurusan di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Pada 2 Februari lalu, Razarudin dilapor berkata, semua Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah diminta untuk memperkasakan Peraturan 3C bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Sementara itu, sebanyak RM31.44 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2024 bagi pelaksanaan latihan untuk warga PDRM berbanding RM22.09 juta pada tahun lepas.

Beliau berkata, sebanyak 1,968 kursus, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan bengkel dirancang bagi tahun ini berbanding 1,871 kursus, LDP serta bengkel yang telah dilaksanakan tahun lepas.

“Peningkatan ini jelas menunjukkan bahawa PDRM serius dalam usaha meningkatkan tahap kompetensi sumber manusia,” katanya. – 9 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

World’s Best Cities 2026 Report: Kuala Lumpur ranks 50th

The capital city shines for, among others, labour force participation, emergence of landmarks, and expansion of business hubs

◉ Related