◉ HEADLINES

Pemain wanita negara dapat bantuan 3 ‘lelaki’ Myanmar menjelang BATC 2024

Kaedah latihan itu dapat membantu meningkatkan permainan perseorangan wanita negara menjelang kejohanan yang akan bermula Selasa depan

2:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persiapan pemain perseorangan wanita negara menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Setia Alam bermula Selasa depan dimantapkan dengan khidmat tiga perseorangan lelaki Myanmar.

Mereka ialah Hein Htut, 18; Zaw Lin Htoo, 20, dan Nyon Shaine Lin, 15, yang bertindak sebagai rakan sepelatih kepada Goh Jin Wei, K.Letshanaa, Siti Nurshuhaini Azman serta Ling Ching.

Menurut Siti Nurshuhaini kaedah latihan itu dapat membantu meningkatkan gaya permainannya.

“Saya rasa seronok sebab dapat sparring dengan pemain berlainan jantina, dekat situ kita dapat belajar perkara baharu…sebelum ini kita berlatih dengan pemain-pemain wanita negara sahaja.

“Malah kami tengok cara mereka (pemain Myanmar) bermain ini juga lebih kurang dengan lawan yang kita akan jumpa dekat BATC nanti dan harap ia boleh bantu saya dan pemain-pemain Malaysia yang lain,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara di sini.

Dalam pada itu Siti Nurshuhaini berkata persiapan skuad wanita negara secara keseluruhannya berjalan lancar setakat ini.

“Harapan saya dan pasukan sudah tentu kalau boleh kita nak memperbaiki keputusan edisi lalu,” katanya.

Skuad negara yang menamatkan saingan edisi lepas di tempat ketiga, diundi dalam kumpulan Y bersama-sama Thailand dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Selain barisan pemain perseorangan, cabaran pasukan wanita negara bagi BATC kali ini turut digalas pasangan beregu Pearly Tan-M Thinaah, Go Pei Kee-Low Yeen Yuan dan Mei Xing-Tan Zhing Yi. – 10 Februari, 2024

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

◉ Related