HEADLINES

Aliran trafik masih perlahan di lebuh raya utama malam ini

Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar

9:50 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini masih perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama memaklumkan kenderaan bergerak perlahan menghala ke selatan dari Pedas/Linggi ke Simpang Ampat.

“Keadaan trafik turut dilaporkan perlahan ke arah utara dari Bandar Baharu ke Hentian Sebelah Sungai Bakap dan dari Tapah ke Gopeng,” katanya.

Sementara itu, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilaporkan lancar.

Akaun rasmi X PLUS memaklumkan terdapat kemalangan di KM329.7 arah utara dari Bidor ke Tapah dengan lorong kiri terhalang dan trafik perlahan sepanjang 2.5 kilometer.

Selain itu, kemalangan turut dilaporkan berlaku di KM440.4 arah utara dari Rawang ke Sungai Buaya namun tiada lorong yang terhalang dan trafik terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman rasmi X PLUS di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman X LLM di www.twitter.com/llminfotrafik. – 10 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related