HEADLINES

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar pagi ini

Laluan Smartlane diaktifkan di beberapa kawasan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan

9:58 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan tiada sebarang kesesakan berlaku semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara) dan Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dilaporkan terkawal manakala Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan sedikit peningkatan jumlah kenderaan.

“Setakat ini, semua laluan lebuh raya bergerak lancar kecuali di Tambak, Johor dari Singapura yang dilaporkan perlahan akibat pertambahan jumlah kenderaan.

“Plaza Tol Gombak ada peningkatan jumlah kenderaan tetapi masih lancar. Terdapat kemalangan di Kilometer (KM) 311.5 PLUS, dari Tapah ke Gopeng, Perak. Lorong kiri ditutup dan trafik bergerak lancar,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata, bagi Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2, lebuh raya tersebut lancar untuk dilalui setakat ini.

“Begitu juga aliran trafik di Tol Bentong, lancar dan tiada sebarang peningkatan jumlah kenderaan,” katanya.

Menurut akaun rasmi X PLUS Trafik, laluan Smartlane diaktifkan di beberapa kawasan dipercayai dilaksanakan bagi menyuraikan aliran trafik untuk mengurangkan kesesakan.

“Pengaktifan Smartlane di KM 4.2 – KM 1.8 arah selatan laluan di antara Dato Onn ke Pasir Gudang. Lorong paling kiri boleh dilalui di lokasi. Trafik terkawal.

“Pengaktifan Smartlane di KM 367.3- KM 354 arah utara laluan di antara Slim River ke Sungkai. Lorong paling kiri boleh dilalui di lokasi. Trafik terkawal. Pandu berhati-hati. Harap maklum,” katanya. – 11 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related