◉ HEADLINES

‘Kita cari dua beranak ini, bakar rumah dia’ antara ancaman diterima Nik Elin

Katanya, ugutan terbabit dibuat pelbagai pihak terhadap beliau dan anaknya menerusi media sosial

1:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mendedahkan beliau menerima beberapa ancaman dan ugutan bunuh susulan tindakannya mencabar seksyen kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Nik Elin ketika dihubungi Scoop berkata, ugutan terbabit dibuat pelbagai pihak menerusi media sosial sejak keputusan Mahkamah Persekutuan itu dijadikan polemik pihak tertentu.

“Memang banyak ugutan yang diterima, masuk sahaja dalam Instagram, TikTok atau Twitter (aplikasi X).

“Pagi tadi pun bila saya buka dah ada orang yang menghentam, dia tulis ‘kita cari dua beranak ini, kita bakar rumah dia, Allahuakbar!,” katanya.

Menurutnya, setakat ini tiga laporan polis sudah dibuat berhubung ugutan diterimanya sebelum ini dan turut memaklumkan satu lagi laporan akan dibuat pagi esok.

Ditanya bagaimana berhadapan dengan ugutan berkenaan, Nik Elin menjelaskan apa yang dilakukannya adalah jalan yang benar dan bukan mahu mencabar agama Islam.

“Kita boleh mendoakan kepada Allah, minta tolong lindungi kita, tapi kalau (pemikiran) orang sudah menjadi gila, memang mereka sudah tidak ada kapasiti mental (untuk terima).

“Sebab sudah dijelaskan banyak kali, malah pagi tadi ada seorang rakan kata kepada saya, ‘oh jadi dah boleh minum arak di Kelantan…jadi sekarang kalau bulan puasa dah boleh makan di khalayak ramai la di Kelantan’, saya kata siapa yang cakap.

“Saya kata cuba anda baca seksyen mana yang saya suruh batalkan, Seksyen 35 minum arak ada lagi, Seksyen 10, tidak menghormati Ramadan, ada lagi.

“Anda cubalah minum arak di Kelantan, ada lagi kat situ (Enakmen Jenayah Syariah), kalau melakukan liwat, katalah liwat di Kota Bharu, adakah anda rasa tidak ada tindakan penguatkuasaan, adakah boleh liwat sewenang-wenangnya? Panggil polis, polis masuk (ambil kes), hukuman lima hingga 20 tahun penjara,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang dikemukakan peguam itu dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Man, yang mengetuai panel sembilan panel, menyampaikan keputusan majoriti Hakim 8-1, di mana mereka mengekalkan Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau orang Islam yang rosak akhlaknya).

Oleh itu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa 16 peruntukan termasuk Seksyen 14 (liwat), Seksyen 16 dan 17 (hubungan seksual dengan mayat dan bukan manusia) serta Seksyen 42 (penyalahgunaan label dan konotasi halal) adalah terbatal.

Keputusan berkenaan mengundang pelbagai reaksi, termasuk pihak yang turut mengaitkan penghakiman Mahkamah Persekutuan itu dengan politik. – 11 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

◉ Related