HEADLINES

Wanita tidak berpakaian ditemukan lemas di Tasik Pandan Lake View

Tiada sebarang identiti ditemui bersama mangsa yang kemudiannya dihantar ke Hospital Ampang untuk tujuan bedah siasat, bagi mengetahui punca kematian

3:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berumur lingkungan 40-an ditemukan lemas di Tasik Pandan Lake View, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya menerima panggilan orang awam mengenai kejadian itu kira-kira 8.13 pagi tadi.

“Menurut saksi kejadian yang berada di kawasan tasik tersebut, mangsa dikatakan dalam keadaan tidak berpakaian, telah masuk ke dalam tasik dan dipercayai lemas.

“Mangsa itu kemudiannya telah ditemukan dengan bantuan pihak bomba selepas dua jam, tanpa berpakaian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata tiada sebarang identiti ditemui bersama mangsa dan kemudiannya dihantar ke bahagian forensik Hospital Ampang untuk tujuan bedah siasat, bagi mengetahui punca kematian.

Beliau menyeru masyarakat terutama dalam kawasan daerah Ampang Jaya sekiranya terdapat kehilangan ahli keluarga untuk tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan. – 11 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Three JDT players banned following FIFA ruling: MFL CEO

League to enforce suspensions as FAM prepares appeal over FIFA’s ruling on heritage player

End of Bumiputera majority stake? Sunway makes RM3.15 per share takeover offer for IJM Corp

Despite earlier denials, Sunway’s bid to acquire IJM Corp could reshape Malaysia’s construction sector

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Related