HEADLINES

Kebakaran di Flat Sri Sabah: Terdapat kegagalan sistem pemadaman api di Tingkat 17

Bomba terpaksa meletakkan pam air di tingkat 16 bagi memudahkan proses pemadaman api

8:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kegagalan sistem pemadaman api di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras dekat sini telah menyebabkan kesukaran kepada Bomba untuk memadamkan kebakaran yang berlaku malam tadi.

Pengarah Jabatan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Nordin Pauzi berkata, keadaan itu menyebabkan Bomba terpaksa meletakkan pam air di tingkat 16 bagi memudahkan proses pemadaman api.

“Ada sistem pemadaman tetapi sistem ini tidak berfungsi sepenuhnya dan Bomba terpaksa menggunakan kelengkapan sedia ada untuk membawa air ke tingkat paling atas.

“Jadi kita bawa relay pumping dan tempatkan di tingkat 16. Apabila pam dalam keadaan baik dan tekanan air di sekitar kawasan ini juga baik, proses pemadaman berjalan lancar,’’ katanya pada sidang media lewat malam tadi.

Pasukan Bomba terpaksa meletakkan pam air di tingkat 16 bagi memudahkan proses pemadaman api ekoran sistem pemadaman api di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras mengalami kegagalan. – Gambar ihsan Bomba Kuala Lumpur, 12 Februari, 2024

Lima unit rumah di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Mengulas lanjut, Nordin berkata, punca kebakaran dipercayai bermula di unit nombor tiga dan kemudian merebak ke kiri dan kanan tingkat tersebut.

Beliau juga memaklumkan, penduduk mungkin akan menghadapi gangguan bekalan air hari ini, namun bekalan elektrik tidak terjejas.

Bomba terpaksa menggunakan pelbagai kaedah untuk memadamkan kebakaran di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras malam tadi. – Gambar ihsan Bomba Kuala Lumpur, 12 Februari, 2024

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak bomba dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan,” katanya.

Menurut Zam Halim seramai 50 anggota polis juga akan ditempatkan di lokasi kejadian bagi tujuan keselamatan dan pemantauan memastikan keadaan berada dalam keadaan baik. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related