HEADLINES

Siti Nurhaliza sudah hulur bantuan buat Ross Ariffin, cuma belum berkesempatan bertemu

Ramai tidak tahu Siti Nurhaliza sudah menghulurkan sumbangan buat pencipta lagu Kurniaan Dalam Kesamaran itu menerusi Yayasan Nurjiwa

2:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sejak semalam, kisah komposer Ross Ariffin kembali menjadi bualan ramai selepas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melawat dan memberikan bantuan tempat tinggal rumah PPR kepadanya.

Pernah menghasilkan lagu ikonik antaranya Kurniaan Dalam Kesamaran dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza, ramai netizen bertanya tidakkah penyanyi nombor satu negara itu menghulurkan bantuan buat Ross Ariffin yang turut mempunyai jasa dalam perjalanan seni suaranya.

Namun, masih ramai yang tidak tahu bahawa Siti Nurhaliza sebenarnya sudah pun menyampaikan bantuan buat Ross Ariffin pada tahun lalu menerusi Yayasan Nurjiwa.

“Alhamdulillah walaupun tak dapat bertemu dengan saudara Ross Ariffin, tetapi Yayasan Nurjiwa berterima kasih kepada YB Datuk Wira Abd Razak serta Datuk Akramuddin Abdul Aziz (yang) mewakili kami menyempurnakan penyampaian sumbangan,” tulis Siti dalam hantaran dimuatnaik di Instagram.

Dalam hantaran dimuatnaik Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semalam, segelintir netizen mempersoalkan Siti Nurhaliza yang dikatakan tidak membantu Ross Ariffin. – Gambar tangkap layar, 12 Februari, 2024

Selain mencipta lagu untuk Siti Nurhaliza, Ross Ariffin juga pernah menghasilkan lagu popular seperti Dia dendangan Fauziah Latif, Kau Dan Aku nyanyian Ning Baizura dan banyak lagi.

Terdahulu di aplikasi X, menerusi hantaran dimuatnaik Fahmi, ada netizen mempersoalkan Siti Nurhaliza yang dikatakan tidak membantu Ross Ariffin.

Disebabkan itu, netizen tersebut ‘diserang’ peminat Siti yang mendakwa penyanyi tersebut antara terawal menghulurkan bantuan. – 12 Februari 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Related