HEADLINES

Pemilu Indonesia: Selebriti terkenal termasuk Melly Goeslaw rebut kerusi Parlimen

Bintang terkenal menyertai Pemilu kali ini meningkat kepada 82 orang berbanding 54 orang pada Pemilu 2019

9:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kelibat mereka mungkin tidak lagi menghiasi layar perak malah lontaran suara mereka juga sudah semakin ‘surut’ ke udara, namun esok, wajah berpuluh-puluh selebriti yang pernah mewarnai industri seni Indonesia akan terpapar di berjuta-juta helai kertas undi dalam pemilihan umum (Pemilu) 2024.

Channel News Asia melaporkan, selama berbulan-bulan, jalan-jalan utama di Indonesia dibanjiri poster dan sepanduk kempen milik bintang televisyen 90-an seperti Gusti Randa; penyanyi dan penulis lirik terkenal, Melly Goeslaw serta pengacara program bual bicara, Uya Kuya, yang kesemuanya akan bertanding merebut kerusi di Parlimen.

Mereka akan menyertai 14 selebriti yang sedia ada dalam Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), yang turut berkempen untuk dipilih semula.

Antaranya ialah pelawak, Eko Patrio; bintang filem, Desy Ratnasari dan penyanyi terkenal, Kris Dayanti.

Dengan nama yang dikenali ramai, selebriti nampaknya mempunyai kelebihan untuk menempatkan diri dalam DPR sekali gus ‘menewaskan’ mereka yang giat aktif dalam politik kepartian lain.

Semasa Pemilu 2019, sekurang-kurangnya 54 selebriti bertanding dan ia tidak termasuk mereka yang berkempen untuk jawatan gabenor atau datuk bandar.

Untuk Pemilu tahun ini, jumlah itu meningkat kepada 82 orang.

Dengan bilangan selebriti yang bertanding untuk jawatan dalam DPR yang semakin meningkat, penganalisis bimbang parti politik mengambil kesempatan itu secara berlebih-lebihan, meninggalkan akar umbi mereka yang sekian lama berjuang dalam politik.

“Kita telah melihat bahawa ahli politik selebriti ini tidak mengambil tanggungjawab mereka dengan serius. Ada antara mereka masih membuat persembahan atau muncul dalam iklan.

“Bagaimana kita boleh mengharapkan mereka membincangkan mengenai rang undang-undang atau membincangkan isu rumit melibatkan ratusan juta nyawa penduduk Indonesia?” Soal Pengarah Eksekutif Persatuan Pilihan Raya dan Demokrasi (Perludem), Khoirunnisa Nur Agustyati.

Lebih 200 juta rakyat Indonesia akan mengundi esok dalam Pemilu khususnya memilih gandingan Presiden dan Naib Presiden yang baharu.

Secara keseluruhannya lebih 20,000 kerusi dipertandingkan di peringkat kebangsaan, wilayah dan bandar melibatkat 300,000 calon daripada 18 parti politik.

Salah satu faktor mengapa bilangan selebriti bertanding dalam Pemilu kali ini meningkat adalah kerana tempoh kempen yang singkat.

Semasa Pemilu 2019, calon presiden dan parlimen mempunyai 203 hari berkempen manakala kali ini dikurangkan kepada 75 hari.

Sementara itu, selain selebriti, beberapa nama terkenal bertanding adalah dalam kalangan anak, pasangan atau adik-beradik kepada golongan elit politik.

Ia termasuk Puan Maharani yang ketika ini menjawat jawatan Speaker Parlimen.

Beliau merupakan anak kepada bekas Presiden Indonesia kelima, Megawati Sukarnoputri.

Turut sama bertanding adalah Edhie Baskoro Yudhoyono, anak kepada bekas Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono.

Gibran Rakabuming Raka, anak kepada Presiden Joko Widodo juga bertanding untuk jawatan Naib Presiden bersama calon Presiden, Prabowo Subianto. – 13 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Govt to develop 102-acre Kota Madani in Putrajaya as model people-first city: PM

First phase to include 3,000 homes and high-rise school by 2027 under integrated urban plan 

Influencer Ms Puiyi wins RM4.3 mil suit against ex-business associate Mentos

Model and DJ gets judgment in default after former director of her company fails to appear in court

Related