◉ HEADLINES

Kapal Bersatu semakin tenggelam, lebih baik ahlinya tinggalkan parti: Puad

Menurutnya, ahli Bersatu juga dilihat seperti sudah penat menunggu buah yang tidak gugur susulan keyakinan palsu diberikan kepimpinannya

3:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu kini dianggap sebagai ‘kapal yang semakin tenggelam’ tanpa ihsan daripada PAS.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, kapal Bersatu juga semakin tenggelam disebabkan keyakinan palsu diberikan kepimpinan parti itu.

“Dalam perbincangan cytro Bersatu yang turut disertai Raja Petra Kamaruddin (RPK) tahun lalu, RPK buat dakwaan pedas kepada Muhyiddin.

“Dalam perbincangan di talian itu, RPK mendakwa, Muhyiddin membawa kegagalan kerana beliau dikelilingi orang bodoh. Siapa? Azmin, Radzi Jidin, Wan Saiful, Peja atau Hamzah?” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, RPK turut memberi perumpamaan kepada kepimpinan tertinggi parti itu seperti ‘you buy peanut you get monkeys’ (anda memilih individu tidak bagus anda dapat hasil kerja teruk’.

“Sudah setahun parti Bersatu belum berani jawab. Cyber-trooper Bersatu lagi kecut,” katanya.

Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Bersatu kini dianggap sebagai ‘kapal yang semakin tenggelam’ disebabkan keyakinan palsu diberikan kepimpinan parti itu. – Gambar Facebook, 13 Februari, 2024

Pada masa sama, secara sinis Puad berkata, dakwaan RPK itu tidak tepat kerana pemimpin dipilih Muhyiddin terbabit bukan ‘bodoh’, sebaliknya ‘terlebih pandai’, sehingga menyebabkan Bersatu semakin tenggelam kerana keyakinan palsu.

“Ahli Bersatu penat menunggu buah yang tidak gugur. Tiada jawatan ketua kampung, ahli majlis, lembaga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau agensi,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan ahli Bersatu supaya lebih baik mereka meninggalkan segera kapal dan kaptennya yang dilihat hilang hala tuju dalam mengemudi.

“Lebih baik tinggalkan segera kapal dan kaptennya yang hilang hala tuju,” katanya. – 13 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

Tragedi lori jatuh laut, pemandu ditemukan lemas

Seorang lelaki berusia 24 tahun, dipercayai lemas selepas lori yang dipandunya terjatuh ke dalam laut di Dermaga Pelabuhan Barat, Klang di sini, hari ini.

Polis teruskan pemantauan dan rondaan berkala di lokasi tanah jerlus

Tugas polis lebih kepada keselamatan orang ramai dan pemantauan serta rondaan secara berkala

◉ Related