HEADLINES

Pendatang lolos di Bidor: Tiada dalang terbabit setakat ini

Bagaimanapun siasatan dan laporan penuh mengenai kejadian itu sedang dijalankan

3:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen setakat ini tidak mengesan penglibatan dalang dalam kejadian 131 pendatang asing meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Februari lalu, kata ketua pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut tentang kejadian itu sedang dijalankan.

“(Jabatan) Imigresen tidak nampak lagi ada penglibatan dalang dalam kes berkenaan (131 pendatang meloloskan diri) dan siasatan masih dibuat,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu jemputan program ‘Apa Khabar Malaysia’ terbitan Bernama TV hari ini.

Dalam menyiapkan siasatan kejadian itu, Jabatan Imigresen katanya, turut menemu bual beberapa tahanan yang berada di dalam depot imigresen berkenaan.

Menurut Ruslin, Jabatan Imigresen menjangkakan kertas siasatan kejadian itu siap akhir bulan ini.

Beliau berkata, selain Jabatan Imigresen, siasatan turut dilaksanakan agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Menurut Datuk Ruslin Jusoh, Jabatan Imigresen Malaysia turut menemu bual beberapa tahanan yang berada di dalam depot imigresen berkenaan dalam proses menyiapkan laporan. – Gambar Bernama, 13 Februari, 2024

Pada ketika ini katanya, Jabatan Imigresen memiliki 18 depot kekal dan dua depot sementara di Bidor serta Beranang, Selangor dengan penilaian jabatan menunjukkan keadaan keselamatan di depot sementara Beranang adalah terkawal.

Ruslin berkata, sebaik sahaja menyelesaikan kertas siasatan, pihaknya akan meneliti perkara yang disyorkan dan mengemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Ditanya mengenai usaha mencari sebahagian daripada pendatang asing yang masih bebas, beliau berkata, radius pencarian kini diperluas sejauh 15 kilometer.

“Dalam erti kata lain, Jabatan Imigresen tidak hentikan pencarian dan bilik gerakan masih dibuka. Saya yakin mereka ini (pendatang asing) tidak boleh bersembunyi dan bertahan lama dalam hutan. Lambat-laun mereka akan keluar dan meminta makanan daripada penduduk kampung,” katanya. – 13 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Related