HEADLINES

Nahas udara Kapar: Tiada panggilan kecemasan dibuat juruterbang pesawat

Menurut CAAM, pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi

4:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pesawat ringan yang terhempas dalam kejadian di Kapar, Klang petang ini tidak melakukan panggilan kecemasan kepada pihak pegawai kawalan trafik udara.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, hubungan terakhir diterima daripada pesawat itu dilaporkan pada jam 1.35 petang, namun ia bukan membabitkan panggilan kecemasan.

Menurutnya, terdapat dua penumpang, termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat itu, dengan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.

“CAAM mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC terhempas dekat Kapar, Selangor hari ini.

“Pesawat berkenaan yang dikendalikan Air Adventure Flying Club berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi,” katanya menerusi kenyataan.

Susulan nahas itu, Norazman berkata, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan, mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Terdahulu, pesawat ringan itu dilaporkan terhempas di Kapar, Klang sekitar tengah hari tadi.

Menerusi video yang tular menunjukkan bangkai pesawat itu bertaburan di sebuah kawasan ladang kelapa sawit.

Laporan awal mengatakan sebahagian besar serpihan pesawat itu ditemukan di kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Muda, Kapar.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop mengesahkan mengenai kejadian terbabit.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, kerja mencari mangsa sedang dijalankan.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.56 petang dan setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kapal terbang terhempas. – 13 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related