HEADLINES

Warga emas rugi RM1.28 juta terpedaya pelaburan mata wang kripto

Mangsa telah membuat pembayaran ke beberapa akaun bank yang diarahkan individu tersebut, berjumlah RM1.28 juta sejak November lepas hingga Januari tahun ini

2:36 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas berputih mata apabila menanggung kerugian sebanyak RM1.28 juta selepas diperdaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.

Ketua Polis Johor CP M.Kumar berkata lelaki berusia 61 tahun itu yang merupakan peniaga membuat laporan polis, di sini semalam.

Beliau berkata mangsa memaklumkan berhubung dengan seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp dan diarahkan memuat turun satu aplikasi bagi memantau pelaburan dibuat. 

“Mangsa telah membuat pembayaran ke beberapa akaun bank yang diarahkan individu tersebut, berjumlah RM1.28 juta sejak November lepas hingga Januari tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kumar warga emas itu tidak menerima sebarang keuntungan sehingga kini meskipun aplikasi terbabit memaparkan keuntungan lumayan, lalu membuat laporan polis selepas aplikasi itu gagal diakses.

Dalam kes lain, Kumar berkata seorang wanita warga emas kerugian RM390,000 selepas terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud.

Beliau berkata pesara swasta berusia 65 tahun itu turut membuat laporan polis semalam, selepas tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan itu.

“Mangsa memaklumkan menerima panggilan daripada seorang individu yang menawarkan pelaburan saham dikenali sebagai ‘Fidelity’ dengan menjanjikan 30 peratus keuntungan daripada jumlah pelaburan.

“Namun, sejak membuat pembayaran dari November lepas hingga Januari tahun ini, mangsa tidak menerima sebarang keuntungan,” katanya.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – 17 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Related