HEADLINES

Pinda atau buang ‘preclusion clause’ dalam Perlembagaan Persekutuan: Persatuan Ulama Malaysia

Persatuan Ulama Malaysia menegaskan dengan pindaan tersebut, pemerkasaan undang-undang syariah di peringkat negeri dapat dilaksanakan

9:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan ‘preclusion clause’ atau klausa menghalang dalam Butiran 1, Senarai Negeri Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan dipinda atau dibuang.

Yang DiPertuanya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz berkata, ia merujuk klausa yang menyebut “kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan”.

Menurutnya, dengan pindaan tersebut, pemerkasaan undang-undang syariah di peringkat negeri dapat dilaksanakan.

“Usaha ini perlu dilakukan bukan sahaja dalam konteks negeri, tetapi secara menyeluruh di peringkat Persekutuan.

“Usaha pengukuhan dan pemerkasaan kedudukan mahkamah syariah di Malaysia adalah usaha kolektif merentasi politik kepartian atau kenegerian kerana mahkamah syariah merupakan syiar perundangan Islam bagi semua umat Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, PUM, melalui sesi perbincangan dengan wakil peguam dan badan bukan Kerajaan (NGO) semalam juga bersetuju agar pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (pindaan 1984) atau Akta 355 dipercepatkan untuk dibentang dan dibahaskan di Parlimen.

“Melalui sesi perbincangan itu, terdapat cadangan supaya mahkamah syariah juga diperkukuhkan melalui pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

“Dicadangkan agar penubuhan mahkamah syariah disebut dengan jelas dalam peruntukan ini supaya ia kedudukan yang diiktiraf dalam sistem perundangan di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Wan Mohamad turut menzahirkan kebimbangan mengenai doktrin struktur asas yang membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk menyempitkan bidang kuasa mahkamah syariah, seterusnya boleh melemahkan institusi dan perundangan Islam di negeri.

Susulan itu, katanya, semua pihak perlu bersatu hati dan berusaha untuk memartabatkan perundangan Islam dan mahkamah syariah serta kedudukan Sultan atau Raja sebagai Ketua Agama Islam negeri dipertahankan. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Is hibah still a safe option if courts can reverse it?

After court overturned a RM1 million takaful hibah, sparking confusion and concern among policyholders and the public, experts stress that it remains relevant if done properly

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Related