HEADLINES

Ramasamy saman Zakir: Mahkamah Tinggi tetapkan pengurusan kes 7 Mac

Ramasamy yang diwakili peguam Shamser Singh Thind memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 November lalu

5:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 7 Mac depan untuk pengurusan kes saman fitnah dikemukakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy terhadap pendakwah bebas, Dr Zakir Abdul Karim Naik, atas dakwaan memfitnahnya pada satu ceramah di Nigeria, November lalu.

Tarikh berkenaan ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar ketika pengurusan kes itu di mahkamah berkenaan, hari ini.

Peguam Zakir, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika memaklumkan pengurusan kes itu berkata, penetapan tarikh berkenaan untuk membolehkan defendan mengemas kini status pemfailan jawapan kepada tuntutan balas dan bagi pihak berkaitan, mengemas kini status pemfailan sebarang Pertindihan Interlokutori sekiranya ada.

“Kami akan memfailkan permohonan kes Ramasamy dalam masa terdekat atas alasan tindakan timbul di Nigeria, jadi tindakan perlu difailkan di negara itu,” katanya.

Terdahulu, Ramasamy yang diwakili peguam Shamser Singh Thind memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya pada 3 November lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan Zakir selaku defendan tunggal.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Ramasamy mendakwa Zakir mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya dalam ceramah di Sokoto, Nigeria pada 2 November lalu.

Menurutnya, rakaman ceramah itu dimuat naik Zakir di Facebook pada 4 November lalu di Facebook.

Rakaman itu katanya, menyentuh mengenai kemenangan kes saman fitnahnya terhadap Ramasamy dan mendakwa defendan menggelarnya sebagai musuh Islam.

Menerusi saman dikemukakannya itu juga, Ramasamy menegaskan, tuduhan Zakir adalah palsu, berbaur fitnah dan dibuat dengan niat jahat.

Katanya, ia boleh membawa maksud bahawa beliau individu bersikap rasis dan anti-Islam.

Justeru Ramasamy berkata, kenyataan tanpa asas dan provokasi dibuat Zakir itu merosakkan nama baik serta reputasinya.

Ia dilihat sebagai saman balas Ramasamy susulan pada 2 November tahun lalu, mahkamah sama memerintahkan Ramasamy membayar saman RM1.52 juta kepada Zakir.

Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati Zakir selaku plaintif, memenuhi tiga elemen fitnah dilemparkan Ramasamy. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related