HEADLINES

Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud: Premier Sarawak

Katanya, rakyat Sarawak berasa kehilangan seorang pemimpin seluruh hayatnya berkhidmat untuk rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi rakyat Sarawak

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berikrar akan meneruskan legasi yang telah ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud terutamanya dalam usaha untuk membangunkan Sarawak dan Malaysia dalam satu arah lebih tersusun.

“Saya bagi pihak rakyat Sarawak sudah tentu berasa kehilangan seorang pemimpin seluruh hayatnya berkhidmat untuk rakyat Malaysia dan lebih-lebih lagi rakyat Sarawak.

“Sebagai pengganti beliau, saya dan rakan-rakan akan teruskan usaha untuk membangunkan Sarawak dan Malaysia dalam satu arah (pendekatan) yang lebih tersusun terutamanya dalam keperluan peralihan tenaga global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis memorandum persefahaman (MoU) antara Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari berkata bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan bekas Ketua Menteri Sarawak itu telah berkhidmat sejak penubuhan Malaysia pada 1963 sebagai menteri dalam kerajaan pertama Sarawak dan Malaysia serta memberi sumbangan yang amat besar termasuklah beliau seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.

“Dan selepas itu, Allahyarham telah berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan. Satu-satunya kementerian yang pernah beliau pegang ialah Kementerian Sumber Utama di bawah pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak.

“Dalam kementerian itulah beliau telah menjadi seorang yang berjaya ke arah penubuhan Petronas dengan memantapkan lagi industri minyak yang pada waktu itu, dipegang oleh pihak luar,” katanya.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia pada 4.40 pagi tadi selepas menerima rawatan selama kira-kira seminggu di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Sementara itu, menyentuh mengenai MoU tersebut, Abang Johari berkata kolaborasi tersebut merupakan kerjasama antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan melalui Petronas bagi penubuhan kilang ammonia untuk pasaran antarabangsa. 

“Kami di Sarawak sudah tentu terus akan bekerjasama dalam bidang-bidang strategik Malaysia bagi memperkuatkan asas ekonomi Malaysia melalui penggunaan teknologi terkini,” katanya. – 21 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Horror at Bangkok shopping mall as two Malaysians set on fire in unprovoked attack

A Thai man set fire to the tourists after dousing them with paint thinner, with bystanders quickly intervening to restrain him

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

22.4% fail SPM Maths — ‘That’s not just a number, it’s a national warning’

Poor foundational skills and declining global rankings signal long-term risks for Malaysia’s STEM talent pipeline, warns UKM academic

Related